Friday, February 11, 2011

Kumpulan yang membawa budaya perpecahan ke Johor harus di tolak


Sultan Johor murka tindakan sembahyang dua Imam semasa PRK Tenang

KOTA TINGGI: Sultan Johor Sultan Ibrahim murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas.

Perbuatan tersebut, titah baginda amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

Friday, February 4, 2011

Normala Sudirman, mangsa permainan moral tinggi PAS


Belum lagi Normala Sudirman menang pilihanraya kecil DUN Tengah, Dataran Wayang Pacak telah ditukar nama menjadi Dataran Cikgu Mala. Menyedari kelemahan ketara yang ada pada calonnya, Jentera PAS bertindak lebih dari menukar nama Dataran tetapi turut membuat serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional.

Tindakan PAS membuat serangan peribadi kepada calon Barisan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan. Tambahan Pimpinan Tertinggi Jentera PAS telah diberitahu calonnya sendiri mempunyai nilai moral yang amat rapuh.

Serangan peribadi terhadap Mohd Azahar Ibrahim, sekarang Yang Berhormat DUN Tenang kebanyakkannya tidak melekat dan yang hanya berjaya kekal ialah tindakannya atas kapasiti penjawat jawatan awam dan bukan sebagai seorang individu.

Malangnya cerita itu terlalu rumit dan tidak menarik untuk menjadi buah mulut bahkan PAS sehingga hari-hari terakhir berkempen pun tidak pernah mengedarkan kepada umum bukti-buktinya.


Saturday, January 29, 2011

Tumbang satu lagi Naib President Pas kerana wanita

Seperti diberi amaran oleh beberapa blogger kepada Salahuddin Ayub, Pengarah Pilihanraya Pas supaya usah bermain peribadi, Salahuddin masih mahu berdegil.

Dia mula mendedahkan kisah tanah yang melibatkan antara sebuah Bank dengan seorang peminjam kepada calun BN Azahar Ibrahim yang hanya menjalankan tugas sebagai ADO Pentadbir Tanah.

Blogger membalas mendedahkan latarbelakang Normala hingga berita tersebut menjadi lebih sensasi kerana dipetik oleh media perdana.

Salahuddin masih berdegil dan enggan akur pada amaran tidak bermain peribadi. Sudahlah diletak kain rentang yang memfitnah Azahar ada skandal di Hotel Equatorial Melaka, rupanya masih mahu dimainkan dengan risalah.

Maka blog Skrewkuat telah mengkotakan amarannya untuk mendedahkan wanita yang Salahuddin Ayub dikatakan ada hubungan dengan seorang wanita.Baca di Skrewkuat sini.


PAS sebar reka fitnah terhadap calun BN


Risalah di atas ini baru dijumpai di Taman Bahagia, Labis pada lebih kurang pukul 2:00 tengahhari.

Dari pihak yang mendapat sumber ini memberitahu risalah ini telah disebarkan oleh dua anak muda berbangsa Cina yang menaiki morotsikal. Maklumat kami memberitahu bahawa pihak Pas sudah membayar seorang wanita Cina untuk membuat pengakuan kelak. 

Perkara sudah dikiaskan oleh Pengarah Pilihanraya Pas, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar. Walaupun beliau pernah meminta tidak main isu peribadi, tetapi beliau yang telah memulakan permainan perbadi dengan mereka-reka cerita mengenai isu tanah dan kini ftnah skandal Tok Ai.
 

Isu tanah: Peguam PAS cuai, Azhar dipersalahkan


Pas telah menjadikan isu sekeping tanah milik seorang lelaki yang telah dilelong sebagai modal utama kempen mereka di prk Tenang.

Malam tadi saya telah mendapat gambaran sebenar kes tersebut dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua perkara yang sebenar.

Seorang lelaki bernama Mansor adalah pemilik tanah di Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat. Mansor telah membuat pinjaman dengan bank CIMB dan menjadikan tanahnya sebagai cagaran. Mansor telah gagal membayar balik pinjamannya kepada bank.

Berkali-kali Mansor diberi peluang oleh bank dengan cara baik agar menjelaskan pinjamannya. Bagaimanapun Mansor tetap gagal menjelaskannya walaupun peluang demi peluang telah diberi. Akhirnya bank menyerahkan kes Mansor kepada peguam panel mereka untuk tindakan undang-undang.

Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.

Layakkah Mala sebenar menjadi YB?


PAS menggambarkan Normala dengan ciri-ciri kewanitaan idaman lelaki Melayu yang ringan tulang, sopan santun dan lemah lembut

Normala diberi panggilan baru, Cikgu Mala untuk memberi imej bunyi mesra, manja dan dihormati.

Kononnya Mala seorang pendidik yang ceria, aktif, penuh iltizam dan prihatin. Lepas kesibukan kerja harian, Mala melakukan aktiviti membantu masyarakat setempat.

Sayang sekali, itu hanya gambaran dan persepsi yang boleh dibina dan dilakunkan oleh Pas untuk memenangi piliohanraya kecil ini.

Kita boleh bercerita mengenai parti, polisi dan ideologi, tetapi akhirnya kita harus jawab: adakah orang yang akan menjadi wakil untuk rakyat di sini benar-benar dirinya itu mempunyai kepribadian dan keupayaan.

Betulkah wanita Melayu ini membawa ciri-ciri kewanitaan jika timbul kata-kata dari jiran tetangga yang tidak disenangi?

Rapatkah Mala dengan rakan-rakan kerjanya di sekolah?

Benarkah dia seorang yang mesra jika Mala tiada bercampur dan bermasyarakat dengan jiran tetangga? Di Johor, ahli-ahli Pas hanya bercampur dengan kelompoknya dan tidak menjadi sebahagian dari masyarakat setempat.

Adakah keluarga Mala satu contoh keluarga yang membanggakan untuk menyakinkan rakyat setempat?

Bolehkah Mala menjadi wakil rakyat? Budi pekerti Mala semasa kempen menjadi petanda.

Adakah dia akan berpatah balik sebagaimana berlaku di Lambah Bakti? Bila ditegur baru mahu mengharungi banjir berjumpa rakyat?

Adakah pengundi Labis yang berbilang bangsa mahu wakil rakyat yang sekejap itu tak mahu masuk kuil, tokong, kedai jual arak dan pasar babi.

Hal salam pun menjadi masaalah. Sekejap tak mahu bersalam, sekejap pakai sarung tangan, sekejap salam tapi asyik basuh tangan seperti di ladang Bukit Dato, dan akhirnya boleh pula salam tanpa sarung tangan dengan kaum bukan Islam dan lelaki.

Apa rasa pengundi Cina jika Mala rasa geli untuk memegang limau yang dihadiahkan dengan penuh hormat dan beradat? Tidak patut limau itu dibuang begitu saja di tepi jalan lepas dihadiahkan.

Itu petanda sikap yang angkuh berlindung disebalik imej manis yang dibina Pas.
Akhir sekali, bagaimana Mala akan jadi menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika suami sentiasa mengekor dan sentiasa cemburu?

Friday, January 28, 2011

Suami Cikgu Mala sakit mental?

Rakan blogger RBF.online telah mengesahkan bahawa sijil sakit (MC) tersebut adalah milik suami calon PAS Tenang. Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah mengesahkannya. Diagnosis yang tertera di atas MC ialah 'Depressive Mood'

Wah...berat tu! Rasa-rasanya, semua tahu apa makna depression. Ianya kena mengena dengan permasaalahan psikiatri dan tekanan jiwa di sebabkan oleh perkara-perkara yang lumrah di hadapi oleh kita semua seperti tekanan kerja, hutang piutang, skandal dan sebagainya.
Dan cuba kita perhatikan perwatakan dan cara si suami yang ke hulu ke hilir mengekori calon PAS seolah-olah kuat cemburu dan tidak percaya kepada isteri sendiri.