Showing posts with label Nasrudin Hassan. Show all posts
Showing posts with label Nasrudin Hassan. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

PAS mengaku susah di Tenang

Pemuda PAS mengakui bahawa bukan mudah untuk parti itu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 30 Jan ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat BN, namum pihaknya tidak akan memberi laluan mudah kepada jentera BN khususnya Umno dengan melakukan beberapa persiapan awal.

"Kita telah meninjau bagaimana situasi di Tenang dan kita yakin masih mempunyai peluang untuk menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Kuala Lumpur.