Friday, February 4, 2011

Normala Sudirman, mangsa permainan moral tinggi PAS


Belum lagi Normala Sudirman menang pilihanraya kecil DUN Tengah, Dataran Wayang Pacak telah ditukar nama menjadi Dataran Cikgu Mala. Menyedari kelemahan ketara yang ada pada calonnya, Jentera PAS bertindak lebih dari menukar nama Dataran tetapi turut membuat serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional.

Tindakan PAS membuat serangan peribadi kepada calon Barisan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan. Tambahan Pimpinan Tertinggi Jentera PAS telah diberitahu calonnya sendiri mempunyai nilai moral yang amat rapuh.

Serangan peribadi terhadap Mohd Azahar Ibrahim, sekarang Yang Berhormat DUN Tenang kebanyakkannya tidak melekat dan yang hanya berjaya kekal ialah tindakannya atas kapasiti penjawat jawatan awam dan bukan sebagai seorang individu.

Malangnya cerita itu terlalu rumit dan tidak menarik untuk menjadi buah mulut bahkan PAS sehingga hari-hari terakhir berkempen pun tidak pernah mengedarkan kepada umum bukti-buktinya.


Sebaliknya, skandal hidup Cikgu Mala amat hebat dan melondehkan Cikgu Mala sebagai seorang wanita yang dipertikai moralnya dan bersuamikan seorang guru kaki ponteng amat mudah. Ceritanya panas dan senang tersebar dari mulut ke mulut.

Cerita bagaimana Cikgu Mala yang sudah bersuami kemudiannya menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Tuanku Bainun dan selang beberapa ketika bertemu dengan Ma’arof Abdul Mutalib lalu menghubungi suaminya menerusi telefon menuntut diceraikan adalah cerita kedai kopi yang paling panas.

Cerita bagaimana Cikgu Mala seorang hipokrit juga tidak kurang menariknya. Jiran tetangga dari Felcra Sekijang berduyun-duyun datang untuk berkongsi kisah Cikgu Mala mengainaya ibunya dan melayan bondanya itu seperti orang gaji.

Ianya diikuti pula kisah ayah Cikgu Mala telah mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM500 ribu dari Tabung Koperasi Peserta Felcra Sekijang dan mengakibatkan kerugian hampir satu juta sebelum ke Indonesia untuk berkahwin seorang lagi.

Cikgu Mala berteriak setiap malam berkempen bahawa dialah yang akan membawa suara wanita ke Dewan Undangan Negeri Johor, tetapi jeritan batin ibunya dipekakkannya.

Apa tindakan Cikgu Mala bila ayahnya membawa pulang seorang perempuan Siam dan disimpan dirumahnya? Pernahkah Cikgu Mala membela ibunya bila ayahnya bercerita di kedai kopi betapa ‘gentleman’nya dia dalam hal-hal hubungannya dengan wanita lain yang sudah pasti menjatuhkan maruah isterinya.

Bagaimana pula dengan kisah hubungan Cikgu Mala dengan anak-anaknya? Apabila Cikgu Mala di angkat PAS sebagai wanita suci pembela bangsa, bersuaralah juga mereka yang tahu itu adalah hipokrasi peringkat tertinggi.

Seorang guru menceritakan bagaimana Cikgu Mala terus berbual ditelefon walaupun dimaklumkan malapetaka yang menimpa seorang anaknya.

Kemudian muncul kisah Ma’arof, yang sedondon dengan Cikgu Mala ke mana-mana. Cikgu Ma’arof mengambil tiga sijil cuti sakit selama hampir tiga minggu sehingga hari pembuangan undi tetapi dia zahirnya sihat sahaja ke sana ke mari.

Hadirlah rakan-rakan sekerja bercerita kisah sebenar Cikgu Ma’arof yang merupakan seorang kaki ponteng. Kebanyakkan aktiviti pontengnya seperti juga sewaktu berkempen, didorong oleh Cikgu Mala kerana Ma’arof sering meninggalkan tugasnya untuk memandu Cikgu Mala untuk aktiviti-aktiviti rasmi dan politiknya.

Jika semua kisah di atas tidak benar, Cikgu Mala dan keluarganya telah menjadi mangsa kerakusan politik yang berpunca daripada nafsunya untuk menjadi menjadi seorang pemimpin dan nafsu pemimpin partinya untuk menang dengan apa cara sekalipun.

Kita hanya sekadar mampu berdoa supaya Cikgu Mala dan keluarga dapat kembali hidup dengan tenang.

Tetapi imej yang terpalit kepada muslimah PAS dari imej Cikgu Mala ini mungkin memakan masa lebih lama untuk dilupakan.

DUN Tenang menyaksikan dua standard moral dipertandingkan. Moral PAS dan moral Barisan Nasional. Barisan Nasional tidak pernah menafikan atau menyembunyikan kelemahan moral sesetengah individunya. Bahkan kita semua tahu kisah hebat Chua Soi Lek, Presiden MCA.

Kita juga tahu kisah nakal tokoh-tokoh lain. Ada sesetengah telah menerima hukuman dan sesetengah yang lain telah menghukum diri mereka sendiri. Tetapi kelebihan Barisan Nasional ialah mereka tidak mengamalkan hipokrasi.

Bagaimana dengan PAS? Ia sebuah parti yang ahlinya diangkat lebih suci dari Malaikat dan lebih maksum dari Rasulullah s.a.w. Ia lebih putih dari putih dan lebih mengampun dan menyayang dalam menjatuhkan hukuman dari Allah s.w.t. Maka PAS adalah sebuah parti yang penuh penafian.

Anda mengundi PAS kerana kesuciannya dan memilih Barisan Nasional kerana ‘after sale service’ nya.

Saya masih ingat dikemuncak pertembungan di antara saya dan Ariffahmi di ruang siber. Ariffahmi dipotretkan oleh Nik Aziz sebagai pemuda Islam terhebat di Kelantan dan saya di gambarkan oleh isteri dan abang ipar Ariffahmi sebagai kaki botol.

Lantaran bila saya siarkan gambar Ariffahmi dengan seorang perempuan Cina yang bukan muhrimnya, ternyata tercalar imej suci Ariffahmi yang sentiasa menolak peluang untuk bergambar dengan bukan muhrim ketika di dalam Negeri Kelantan.

Sebagai tindakbalas, cybertroppers Ariffahmi menyiarkan pula gambar saya dengan perempuan yang sama. Bukankah mereka sudah menuduh saya seorang yang rendah moral? Jadi kalau saya berkongsi perempuan dengan Ariffahmi tidaklah sesuatu yang pelik bagi saya tetapi amat pelik bagi Ariffahmi.

Lebih-lebih lagi saya sebelum itupun dengan suka dan rela pernah menyiarkan gambar saya bersama wanita-wanita terkenal Malaysia termasuklah aktress popular Maya Karin dan Erra Fazira.

Maka bila kesedaran timbul dari penafian mereka, mulalah mereka memberi nasihat, jangan dibuka aib seseorang nanti Allah akan membuka aib kita.

Isunya ialah sikap hipokrit. Berlagak alim tetapi rupanya alim-alim kucing. Hidup penuh kepura-puraan.

PAS hari ini terkepung oleh permainan moral mereka sendiri. Sedangkan ia hanyalah parti politik yang dianggotai oleh manusia bukan malaikat. Dan manusia yang menganggotai PAS terdiri daripada lelaki dan perempuan, yang punya nafsu dan keinginan masing-masing.

Ahli-ahli PAS ditarbiyah secara rejimental tetapi dada mereka tidak dibelah dan hati mereka tidak dicuci oleh malaikat. Sebaliknya sekadar rukuk di Pulau Melaka dan sujud di Rusila.

Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS adalah contoh hipokrasi PAS. Double standard dalam banyak sebab dan keadaan. Tidak seperti seorang lagi Exco PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan yang dari pengalaman saya, bak kata orang ‘what you see is what you get’.

Tetapi malangnya, pimpinan seperti Takiyuddin akan dicincang dan dilumatkan oleh hipokrasi dalam PAS. Dihumban dengan pelbagai tuduhan, dikeji dan dihina.

Walaupun berbekalkan lebih 15 tahun di dalam dunia perfileman yang penuh skandal dan glamour, saya sendiri masih ingat rasa malu saya oleh aksi pimpinan PAS yang saya temani, apatah lagi bila di khalayak ramai, leka menatapi ‘ah moi-ah moi’ bermini skirt menuruni tangga bergerak di Suria KLCC dan bergurau sambil menggosok-gosok tangan seorang perempuan cina penjual madu lebah organik di One Utama.

Ini tidak termasuk kegemarannya melemparkan seikat wang kertas RM50 ke atas meja dihadapan khalayak ramai.

Tentu sekali saya tidak akan menjadi serba-salah jika perbuatan itu menjadi amalan rakan-rakan saya di dalam dunia filem.

Maka PAS seharusnya belajar dari pengalaman di Tenang dan berhenti bermain isu peribadi. Apatah lagi penduduk di Tenang membuat pilihan mereka bukan berdasarkan isu peribadi. Tetapi rakyat Malaysia esok, akan lebih faham keperibadian sesebuah parti politik dan akhirnya akan berpegang kepada persepsi yang lahir dari insiden-insiden sebelumnya.

Di Tenang, BN telah menang.

Kickdefella

5 comments:

  1. Blogger upahan UMNO memang tidak pernah takut kepada Allah dan balasan hari akhirat. Semoga Allah swt memberikan balasan setimpal kepada orang yang suka membuat fitnah dan sanggup menjadi'barua' UMNO.Calon PAS DUN Tenang yang tidak mahu bersalaman dengan lelaki ,difitnah dalam soal perkahwinannya?Siapa yang mahu percaya?Hanya Parti Keji seperti UMNO sahaja yang suka membuat fitnah kepada seorang perempuan yang baik sepertinya...
    Jiran yang berkiblatkan UMNO hendak ditanya ?Memanglah UMNO keji, dulu kini dan selamanya..Kalau tidak, masakan ahli UMNO seperti jiran di Felcra Sekijang pun sanggup membuat tuduhan palsu sebegitu ?Tanyalah kebenaran atau kesahihan cerita daripa Tok Kadi , ketua kampung atau Pegawai Pejabat Agama..Memang UMNO bodoh!!! , dulu, kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  2. Cerita ni, tentang Cikgu Mala lagi kelakar sampai nak termuntah mendengar cerita blogger UMNO yang hendak memperbodohkan rakyat dan pengundi Melayu..

    Kononnya Cikgu Mala menganiaya ibunya dan melakukannya sebagai orang gaji???
    Jawapan: Kalau begitu mengapa Normala sanggup susah senang bersama ibunya dan tinggal serumah dan sebumbung dengan ibunya?Mengapa ibunya tidak bekerja dan kelihatan bersamanya di mana sahaja berada ?Mengapa ibunya tidak pernah diabaikan dalam sakit peningnya dan dibawa ke hospital???Yang peliknya, pada hari peristiyharan calon,penamaan calon dan hari pengundian mengapa ibunya berada memberi sokongan moral???
    Jiran- jiran yang BERDUYUN- DUYUN datang melapor dan membuat cerita tu, tentu ahli upahan UMNO yang tidak takut mendapat balasan di akhirat..Merayau- rayaulah nanti mencari Cikgu Normala dan meminta maaf di Padang Mahsyar kerana membuat tuduhan palsu, tidak bermoral dan tidak beretika..
    Memanglah ahli UMNO ni berperangai keji dan tidak takut kepada balasan neraka Allah swt hingga sanggup menjatuhkan moral sesama saudara seIslam demi sebuah kemenangan di dunia yang sementara..Hancur UMNO!!!!

    ReplyDelete
  3. Tuduhan bahawa ayah Cikgu Normala menyebabkan kehilangan wang Koperasi 500 ribu dan dibawa ke Indonesia????Kerugian hampir 1 juta???
    Jawapan: Wahai ahli UMNONGOK..Kalau ayah Cikgu Normala tu bersikap macam tu, kenapa dia tidak dipenjarakan sahaja??Takkanlah bodohnya pengurusan Koperasi Felcra Sekijang tu , sampai tak ada juruaudit, bendahari dan AJK Koperasi Felcra???Mana Badan Pencegah Rasuah atau Pihak Polis...Mana peranan ahli Koperasi dan peranan pengurusan Felca ???Itu menunjukkan Blogger upahan UMNO telah membuat tuduhan palsu dengan hanya mendengar cerita palsu yang dikarang oleh ahli UMNO Felcra Sekijang???Hem, belum kaji kesahihan cerita dan disebarkan di blog dan internet???
    Apa tujuannya???Untuk ditatap oleh pengundi Kg tradisi ke???
    Sayangnya orang kampung yang jahil dan taksub menyokong UMNO tak pandai tengok internet dan blog..Hanya pandai tengok kelapa sawit dan pokok getah je..
    Setahu saya, bukankah di zaman pentadbiran ayah dia selaku Pengerusi Koperasi, Felcra Sekijang telah menjadi antara Felcra ke 3 termaju dan aktif di negeri Johor??? Pernah jadi Ketua Peserta Felcara Sekijang lagi...
    Takkanlah kalau ada kes berat macam tu, dilantik menjadi ketua...???
    Nampak sangat kebodohan UMNO dari dulu, kini dan selamanya...
    Hem kalau dah pemikiran sempit tu, jangan ingat orang lain bodoh macam orang UMNO...
    Konon nak mengelirukan pengundi tapi,terserlah lagi perangai UMNO yang keji ...Boleh pergi mampuslah!!!!!

    ReplyDelete
  4. Lagi satu cerita kelakar ni..
    Ayah Cikgu Normala bawa balik perempuan Siam???Disimpan dirumahnya tetapi semua mendiamkan sahaja ???Jeritan batin ibunya dipekakkan??
    Jawapan:Wahai ahli UmnoNGOK yang bodoh dan berperangai keji..
    Nak tanya sikit, salahke kalau mereka tumpangkan seorang yang baru memeluk Islam untuk dibimbing bagi mempelajari agama Islam ??
    Semua anak - anak tinggal bersama dengan ayah Cikgu Normala ketika pasangan suami isteri itu menumpangkan saudara baru kadar sementara kerana baru memeluk Islam.Dilatih berpuasa dan bersolat...Salah ke??Memang UMNO juara dan keji dalam soal menabur fitnah ...
    Kalau perbuatan itu salah, kenapa mereka tidak ditangkap oleh penduduk kampung atau imam kempung atau orang pejabat agama????Mana pergi orang kampung???Tangkaplah bodoh.!!!..20 tahun punya cerita pun nak direka demi sebuah kemenangan dalam pilihanraya..Bodoh!!!!Hancur UMNO!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Rakan - rakan sekerja di tempat beliau bercerita tentang Cikgu Maarof yang kononnya kaki ponteng dan suka mengambil cuti???Oh..Isu surat cuti yang menjadi liputan Utusam Meloya ke???
    Jawapan:Sebelum jawab,... nak tanya sikit..Rakan sekerja tu, yang jadi barua UMNO ke????Memanglah... musuh dalam selimut dan boleh dibayar oleh Umno sanggup menggadai prinsip persahabatan demi menjatuhkan maruah sesama saudara se Islam...
    Setahu saya, Cikgu Maarof ni dah terima anugerah Perkhidmatan Cemerlang.Jarang ambil cuti sakit sepanjang 13 tahun berkhidmat..Membawa lebih daripada 10 kejuaraan dalam bidang Hoki selaku jurulatih kepada murid...Latih murid sampai tak mengira waktu cuti sekolah, hari Sabtu atau Ahad hingga sanggup menghantar pelajar ke rumah jika keluarga terlewat menjemput..Memanglah UMNO BODOH!!!!Nak sebarkan berita tapi, tak kaji background Cikgu Maarof dulu..Siapa yang nak percaya....

    Wahai ahli UMNO yang berperangai keji...Baca betul - betul fakta di bawah:
    1.Surat Cuti Sakit tu diberikan oleh doktor kerajaan 14 hari dan tambahan 5 hari lagi tu , bukan dari hospital swasta .Mana boleh surat MC tu dibeli .Dalam jumlah hari yang banyak pulak tu....Bodoh!!!

    2.Istilah MC tu bukan bermakna untuk orang yang terlantar sakit sahaja.Kalau dengan perakuan doktor bahawa beliau 'stress', maka lain rawatan dan kaedahnya..Terapi yang paling baik atas nasihat doktor ialah 'tidak boleh bersendirian dalam kemurungan' dan 'melakukan aktiviti yang menggembirakan' untuk hilangkan stress ..
    Jadi biarlah beliau memilih aktiviti menemani seorang isteri???Bukankah suami yang bertanggungjawab dan prihatin akan melakukan demikian????Tak nampak pun beliau berceramah, atau berkempen..???Teman dan mengiringi isteri ..Takkan tak boleh???Jadi, hanya orang UMNO yang bodoh sahaja mempertikaikan surat MC tu...Dah tak ada modal lain ke nak memenangi hati pengundi...?????

    3.Jadi, janganlah nak perbodohkan pengundi sampai menampakkan kebodohan diri sendiri..
    Saya cadangkan Doktor dan Cigu Maarof saman sahaja pihak yang membocorkan dokumen sulit penjawat awam hingga risalah cuti tu disebarluaskan di masjid ketika Solat Jumaat sebelum proses pengundian pada hari Ahad..
    4.Nak tanya sikit, punca surat cuti tu diberi tak nak tahu ke????
    Wahai UMNONGOK...Bukankah beliau ditukarkan 24 jam ke SMK Taman Daya tanpa sebarang alasan???Bukankah Pengarah Pelajaran Johor dan Cikgu - Cikgu Labis masih tebal politik UMNO hingga sanggup mencampuradukkan soal profesionalisme perguruan dengan politik kepartian UMNO hingga merosakkan anak bangsa???Jadi sebelum siasat Cikgu Maarof.., siasat dulu Pengarah dan Cikgu - Cikgu yang masih bercuti di Labis dan berkempen...
    UMNO memang dah nazak dan dacing pun dah senget..Mampus UMNO!!!!!

    ReplyDelete