Friday, February 11, 2011

Kumpulan yang membawa budaya perpecahan ke Johor harus di tolak


Sultan Johor murka tindakan sembahyang dua Imam semasa PRK Tenang

KOTA TINGGI: Sultan Johor Sultan Ibrahim murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas.

Perbuatan tersebut, titah baginda amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

Friday, February 4, 2011

Normala Sudirman, mangsa permainan moral tinggi PAS


Belum lagi Normala Sudirman menang pilihanraya kecil DUN Tengah, Dataran Wayang Pacak telah ditukar nama menjadi Dataran Cikgu Mala. Menyedari kelemahan ketara yang ada pada calonnya, Jentera PAS bertindak lebih dari menukar nama Dataran tetapi turut membuat serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional.

Tindakan PAS membuat serangan peribadi kepada calon Barisan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan. Tambahan Pimpinan Tertinggi Jentera PAS telah diberitahu calonnya sendiri mempunyai nilai moral yang amat rapuh.

Serangan peribadi terhadap Mohd Azahar Ibrahim, sekarang Yang Berhormat DUN Tenang kebanyakkannya tidak melekat dan yang hanya berjaya kekal ialah tindakannya atas kapasiti penjawat jawatan awam dan bukan sebagai seorang individu.

Malangnya cerita itu terlalu rumit dan tidak menarik untuk menjadi buah mulut bahkan PAS sehingga hari-hari terakhir berkempen pun tidak pernah mengedarkan kepada umum bukti-buktinya.


Saturday, January 29, 2011

Tumbang satu lagi Naib President Pas kerana wanita

Seperti diberi amaran oleh beberapa blogger kepada Salahuddin Ayub, Pengarah Pilihanraya Pas supaya usah bermain peribadi, Salahuddin masih mahu berdegil.

Dia mula mendedahkan kisah tanah yang melibatkan antara sebuah Bank dengan seorang peminjam kepada calun BN Azahar Ibrahim yang hanya menjalankan tugas sebagai ADO Pentadbir Tanah.

Blogger membalas mendedahkan latarbelakang Normala hingga berita tersebut menjadi lebih sensasi kerana dipetik oleh media perdana.

Salahuddin masih berdegil dan enggan akur pada amaran tidak bermain peribadi. Sudahlah diletak kain rentang yang memfitnah Azahar ada skandal di Hotel Equatorial Melaka, rupanya masih mahu dimainkan dengan risalah.

Maka blog Skrewkuat telah mengkotakan amarannya untuk mendedahkan wanita yang Salahuddin Ayub dikatakan ada hubungan dengan seorang wanita.Baca di Skrewkuat sini.


PAS sebar reka fitnah terhadap calun BN


Risalah di atas ini baru dijumpai di Taman Bahagia, Labis pada lebih kurang pukul 2:00 tengahhari.

Dari pihak yang mendapat sumber ini memberitahu risalah ini telah disebarkan oleh dua anak muda berbangsa Cina yang menaiki morotsikal. Maklumat kami memberitahu bahawa pihak Pas sudah membayar seorang wanita Cina untuk membuat pengakuan kelak. 

Perkara sudah dikiaskan oleh Pengarah Pilihanraya Pas, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar. Walaupun beliau pernah meminta tidak main isu peribadi, tetapi beliau yang telah memulakan permainan perbadi dengan mereka-reka cerita mengenai isu tanah dan kini ftnah skandal Tok Ai.
 

Isu tanah: Peguam PAS cuai, Azhar dipersalahkan


Pas telah menjadikan isu sekeping tanah milik seorang lelaki yang telah dilelong sebagai modal utama kempen mereka di prk Tenang.

Malam tadi saya telah mendapat gambaran sebenar kes tersebut dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua perkara yang sebenar.

Seorang lelaki bernama Mansor adalah pemilik tanah di Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat. Mansor telah membuat pinjaman dengan bank CIMB dan menjadikan tanahnya sebagai cagaran. Mansor telah gagal membayar balik pinjamannya kepada bank.

Berkali-kali Mansor diberi peluang oleh bank dengan cara baik agar menjelaskan pinjamannya. Bagaimanapun Mansor tetap gagal menjelaskannya walaupun peluang demi peluang telah diberi. Akhirnya bank menyerahkan kes Mansor kepada peguam panel mereka untuk tindakan undang-undang.

Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.

Layakkah Mala sebenar menjadi YB?


PAS menggambarkan Normala dengan ciri-ciri kewanitaan idaman lelaki Melayu yang ringan tulang, sopan santun dan lemah lembut

Normala diberi panggilan baru, Cikgu Mala untuk memberi imej bunyi mesra, manja dan dihormati.

Kononnya Mala seorang pendidik yang ceria, aktif, penuh iltizam dan prihatin. Lepas kesibukan kerja harian, Mala melakukan aktiviti membantu masyarakat setempat.

Sayang sekali, itu hanya gambaran dan persepsi yang boleh dibina dan dilakunkan oleh Pas untuk memenangi piliohanraya kecil ini.

Kita boleh bercerita mengenai parti, polisi dan ideologi, tetapi akhirnya kita harus jawab: adakah orang yang akan menjadi wakil untuk rakyat di sini benar-benar dirinya itu mempunyai kepribadian dan keupayaan.

Betulkah wanita Melayu ini membawa ciri-ciri kewanitaan jika timbul kata-kata dari jiran tetangga yang tidak disenangi?

Rapatkah Mala dengan rakan-rakan kerjanya di sekolah?

Benarkah dia seorang yang mesra jika Mala tiada bercampur dan bermasyarakat dengan jiran tetangga? Di Johor, ahli-ahli Pas hanya bercampur dengan kelompoknya dan tidak menjadi sebahagian dari masyarakat setempat.

Adakah keluarga Mala satu contoh keluarga yang membanggakan untuk menyakinkan rakyat setempat?

Bolehkah Mala menjadi wakil rakyat? Budi pekerti Mala semasa kempen menjadi petanda.

Adakah dia akan berpatah balik sebagaimana berlaku di Lambah Bakti? Bila ditegur baru mahu mengharungi banjir berjumpa rakyat?

Adakah pengundi Labis yang berbilang bangsa mahu wakil rakyat yang sekejap itu tak mahu masuk kuil, tokong, kedai jual arak dan pasar babi.

Hal salam pun menjadi masaalah. Sekejap tak mahu bersalam, sekejap pakai sarung tangan, sekejap salam tapi asyik basuh tangan seperti di ladang Bukit Dato, dan akhirnya boleh pula salam tanpa sarung tangan dengan kaum bukan Islam dan lelaki.

Apa rasa pengundi Cina jika Mala rasa geli untuk memegang limau yang dihadiahkan dengan penuh hormat dan beradat? Tidak patut limau itu dibuang begitu saja di tepi jalan lepas dihadiahkan.

Itu petanda sikap yang angkuh berlindung disebalik imej manis yang dibina Pas.
Akhir sekali, bagaimana Mala akan jadi menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika suami sentiasa mengekor dan sentiasa cemburu?

Friday, January 28, 2011

Suami Cikgu Mala sakit mental?

Rakan blogger RBF.online telah mengesahkan bahawa sijil sakit (MC) tersebut adalah milik suami calon PAS Tenang. Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah mengesahkannya. Diagnosis yang tertera di atas MC ialah 'Depressive Mood'

Wah...berat tu! Rasa-rasanya, semua tahu apa makna depression. Ianya kena mengena dengan permasaalahan psikiatri dan tekanan jiwa di sebabkan oleh perkara-perkara yang lumrah di hadapi oleh kita semua seperti tekanan kerja, hutang piutang, skandal dan sebagainya.
Dan cuba kita perhatikan perwatakan dan cara si suami yang ke hulu ke hilir mengekori calon PAS seolah-olah kuat cemburu dan tidak percaya kepada isteri sendiri.


Komen Dato Ahmad Maslan mengenai MC suami si Mala

Kisah hidup Mala yang penuh kedurjanaan


Disebalik rupa manis dan canggih Mala yang dipaparkan oleh PAS, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu rahsia yang tidak mahu diketahui pengundi Labis yang bakal membuang undi pada hari Ahad.

Dengan berpakaian sedondong sama bertukar2 antara purple dan hijau dan ke sana sini bagaikan belangkas yang tidak boleh berjauhan, pasti rakyat rasa hairan.

Tak ada masa lain ka mahu berendut, kata orang Johor sini. Dah anak tiga pun masih nak berbelangkas di khalayak ramai.

Dari cerita2 orang Felcra Sekijang, suaminya ini sangat cemburu dan mengongkong. Cikgu2 sekolah tahu suami dia sanggup tinggalkan kerja untuk hantar Mala ke sana sini.


Suami Normala sakit kritikal?

Maarof Abd. Mutalib (kiri) membantu isterinya, Normala Sudirman berkempen bagi 
Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Kampung Tenang, Labis, Johor, semalam.


Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Maarof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat, Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.


Thursday, January 27, 2011

PRK Tenang! Fitnah Jahat PAS yang terlampau

Masihkah kerajaan ugut kerjaya suami?


Tajuk akhbar di atas masih tidak tepat. Sebenarnya suami Mala, Makrof tidak mengambil cuti tetapi mengambil cuti sakit atau MC.

Lihat surat klinik dan sijil cuti:


Derita Abang Man Siapa Yang Tahu

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah derita jiwa Abang Man yang kemudian membawa diri dari Felcra Sekijang dengan sebungkus hati yang remuk.

Tak pernah Abang Man sangka, jawatan pengurus yang disandangnya tidak akan dapat memuaskan kehendak material isterinya.

Ya, isterinya Kak Mal. Masih segar dalam ingatan Abang Man, saat Kak Mal mengucup tangannya tanda perpisahan di Maktab Tuanku Bainun Pulau Pinang. Sekali tidak Abang Man menyangka, perpisahan itu adalah perpisahan abadi dalam rumahtangga mereka.


Wednesday, January 26, 2011

Pengasas PKR Labis masuk MCA


LABIS: 25 Jan – Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pada Selasa mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MCA kerana hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang itu.

Beliau yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang memegang kad keahlian 00012 itu berkata, keputusannya juga dipengaruhi kerana parti itu juga tidak tetap dengan matlamat dan prinsip perjuangan.

Katanya, sejak penubuhannya 12 tahun lalu parti itu mempunyai pelbagai agenda termasuk reformasi, agenda perubahan, Malaysia Baru, Selamatkan Malaysia dan Reformasi ke Putrajaya yang dilihat mengelirukan dan tiada matlamat yang tetap.


Azahar kejam atau PAS perbodohkan orang ramai?


Kalau berdasarkan kepada sidang media yang dibuat oleh PAS yang mempersoalkan integriti Azahar Ibrahim, bekas Penolong Pegawai Daerah Segamat yang dituduh melelong tanah Mansor Mohamad tanpa pengetahuan Mansor Mohamad sendiri, sememangnya Azahar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai di kalangan penduduk tempatan, seorang yang kejam, tidak berhati perut, kasar, tamak dan rakus.

Bayangkanlah proses perlelongan tanah dilakukan tanpa pengetahuan Mansor Mohamad yang merupakan tuan punya tanah tersebut. Bayangkanlah lelongan tersebut mungkin diadakan secara 'runding terus' sekalipun berjenama lelong.

Dan bayangkanlah lelongan tersebut sekadar membabitkan Azahar Ibrahim seorang dan tidak melibatkan orang lain, termasuklah orang dari Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, pihak bank dan orang yang berkaitan.

Dan bayangkanlah pula, lelongan tersebut dilakukan tanpa 'sebarang kesalahan' pada Mansor Mohamad!!!!

Tuesday, January 25, 2011

Cikgu Mala tak serang tapi minta penyokong serang


LABIS, 25 Jan: Normala Sudirman atau dipanggil Cikgu Mala walau dilihat seperti bersopan sebenarnya hipokrit apabila menyuruh penyokongnya menyerang peribadi Calon Barisan Nasional. 

Tidak sampai 24 jam cikgu Mala mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menyerang peribadi calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan membangkitkan isu tugas sebagai ADO

Inilah serangan dari puak Pas iaitu:
 

Kempen Pas penuh penipuan fakta


LABIS 24 Jan. – Tindakan parti pembangkang yang terus-menerus menabur fitnah dan tohmahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dengan sendirinya mengesahkan bahawa parti itu sememangnya mengamalkan politik ‘putar alam’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, politik ‘putar alam’ Pas itu semakin terserlah apabila sanggup memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya sengaja tidak menziarahi jenazah seorang pemimpin UMNO cawangan ketika lawatan kerja beliau ke Felda Tenang di sini, 18 Januari lalu.

Kepalsuan, penipuan dan keganasan kempen PAS

Poster palsu untuk menghina guru untuk dapatkan undi guru

Lautan biru di Felda melemaskan PAS

Pintu masuk ke Felda Cemplak. Hanya ada bendera BN


Semalam EP bersama rakan-rakan blogger pergi melawat Felda Cemplak di Labis. EP agak terperanjat adabila sampai di Felda Cemplak kerana hampir 95% penduduk di Felda Cemplak menyokong Barisan Nasional bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mazlan Aliman iaitu Presiden Anak angkat sendiri.

Ternyata Mazlan Aliman ini seorang penipu dan kaki putarbelit macam Anwar. Kenyataannya mengenai Warga Felda tidak menyokong kerajaan BN dan Agensi Felda sebenarnya untuk mengelirukan rakyat di luar.

Monday, January 24, 2011

Mala salam juga tangan pengundi Cina dan India tetapi ...

Ehhhh ... budak laki-laki mana boleh salam orang pompuan

Kononnya kita tidak faham hukum, tidak tahu bab aurat dan muhrim, dan tidak patut jadikan isu.

Baiklah ... ulama-ulama besar salah tetapi Cikgu Mala betul dalam hal tidak salam dengan bukan muhrim. Ugama Islam yang diamalkan Cikgu Mala Muslimah PAS lebih betul dari ugama Islam yang diamalkan oleh ulama-ulama besar.

Hari ini kawan-kawan beritahu Cikgu Mala salam pengundi-pengundi India dan Cina di estet Bukit Dato. Lepas bersalaman, Cikgu Mala terus cuci tangan.

Cikgu Mala belajar hukum dari mana?

Dato Chua Soi Lek dan Dato Tan Lian Hoe dipersoalkan oleh PAS kerana menegur Cikgu Mala yang enggan bersalam dengan pengundi lelaki. Cikgu Mala menganggap kaum bukan Islam memahami tindakannya.

Apakah jawapan Cikgu Mala terhadap ulamak-ulamak besar berikut bersalaman kaum wanita?


Sejak bila ada Kelab Wanita Veteran UMNO?


Apa sudah jadi dengan fatwa-fatwa PAS di Kelantan?


Suatu masa dahulu, PAS pernah mengeluarkan fatwa-fatwa berikut:
1. Wanita tidak boleh kerja malam
2. Wanita cantik tidak diambil kerja
3. Kaunter bayaran berasingan untuk lelaki dan perempuan di pasaraya
4. Suara wanita aurat (tidak boleh hantar Qariah untuk musabaqah Al Quran).
5. Wanita tidak boleh berpolitik.
Pemimpin PAS tahu manusia mudah lupa. Mereka terus berjanji dan keluar fatwa-fatwa yang mereka sendiri tahu tidak akan tertunai.

Kini PAS menawarkan calun wanita.

Sunday, January 23, 2011

Kisah Anwar kena boo di Felda Tenang

Ini kisah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Felda Tenang Sabtu malam.

Ceramah perdana beliau hanya dihadiri paling ramai 250 orang dengan separuh daripadanya orang luar.

Nak jadi cerita, semasa beliau tiba, beliau telah disambut dengan boo oleh sekumpulan budak muda Felda.


Risalah palsu Ketuanan Melayu menunjukkan PAS terdesak

 

Jika sebelum penamaan calun PAS telah menyebarkan sepucuk surat palsu berbau perkauman dari PERKASA, kali ini risalah palsu Ketuanan Melayu dijumpai di sekitar bandar Labis.

Menurut blog Agenda Bangsa, PAS telah mengedarkan risalah BN palsu bertajuk "Kukuhkan Ketuanan Melayu" di tengah-tengah kawasan bandar Tenang dan Labis yang majoritinya kaum Cina.

Risalah ini boleh dijangka dibuat dan diedarkan oleh PKR dan PAS. Adalah bodoh untuk BN menyebarkan risalah sedemikian ke kawasan Cina. 

Pengganas tak layak bincang politik matang dan hemah



Pemimpin muda PAS, Nasruddin Tantawi pernah menyeru semua pihak mengamalkan politik matang dan berhemah. Katanya perlu dielakkan perbuatan provokatif dalam amalan demokrasi yang bersih dan tulen.

PAS memang mudah lupa. Tak sampai sebulan, begitu buruk sekali poster yang dibawa ke sana sini di Tenang semasa hari penamaan calun.

10 dalil PAS tidak layak diberi kuasa



1. Pas bukan sebuah parti yang kuat dalam pakatan pembangkang. Kelemahan PAS bertambah apabila tertubuhnya PKR yang tidak dapat menerima perjuangan ‘ala PAS’.

2. Pas bukan ‘tulang belakang' dalam pakatan pembangkang. Seperti dialami oleh Dato Dr Hasan Ali, Pas umpama ‘melukut di tepi gantang..

3. Pas hanya parti ‘pak turut’ dan ‘kuda tunggangan’ yang tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Sampai bila Pas mahu menjadi ‘parti lampin pakai buang’ atau bila diperlukan sahaja.

Saturday, January 22, 2011

Bila ketandusan isu, Rosmah pula dijadi bahan


Macam-macam isu cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang untuk meraih undi tetapi semuanya gagal belaka. Akhirnya pembangkang terpaksa menaikkan emosi rakyat melalui isu-isu remeh temeh.

Satu isu yang tidak ada kena mengena dengan rakyat Tenang tetapi ditimbulkan juga di kempen PRK Tenang ialah berkenaan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur ke Timur Tengah.

Tindak tanduk pembangkang ini dilihat hanya helah untuk menimbulkan rasa menyampah rakyat terhadap kepimpinan negara.

Perkara ini telah dijawab dengan jelast baru-baru ini oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Utama Dr Rais Yatim.


Cikgu Mala tak mahu salam pengundi Cina?

Perkara ini remeh kepada setengah orang, serius pada orang lain, dan lucu pada orang lain tetapi kepada pengundi Cina, ianya perkara serius dan sensitif.

Rata-rata pengundi kaum Cina di kawadan DUN Tenang mengata mengenai insiden calun PAS Cikgu menghadiahkan limau. Kononnya Cikgu Mala menghormati perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang untuk menghadiahkan limau kepada pengundi-pengundi.

Dengan pengundi Cina perempuan, tidak ada masaalah. Menjadi masaalah apabila Cikgu Mala menghadiahkan pengundi Cina lelaki.


Sah! Bung Nuar tidak boleh jejak Tenang


Walaupun ada dengar ura-ura malam tadi Anwar akan berada di Tenang untuk satu majlis serahan bendera dan kononnya konvoi 100 kereta mengelilingi Labis, acara itu tidak berlaku.

Malahan Anwar terus tidak kelihatan semasa penamaan calun di Tenang pagi ini.

Khabar angin yang dikatakan oleh seorang penulis bernama Wan Nasuha nampaknya betul. Anwar sudah menjadi satu liabiliti kepada Pakatan Rakyat hingga muka dia pun tidak boleh tunjuk diri.


Friday, January 21, 2011

Suami Cikgu Mala enggan pindah untuk langgar peraturan berkempen JPA

Makrof Abd Mutalib, suami Normala Sudirman dilaporkan laman web pro-pembangkang, Malaysiakini mempolitikkan pertukaran kerjanya untuk menggambarkan Pengarah Pelajaran sebagai salahguna kuasa.

Sebenarnya, tujuan Makrof ialah untuk melanggar peraturan JPA untuk berkempen. Semalam dia dilihat berkempen dengan isterinya, calun PAS Normala Sudirman untuk PRK Tenang di gerai-gerai jualan yang didirikan PAS.

Peraturan JPA jelas melarang guru-guru gred tertentu terlibat dalam politik. Adakah dia akan mempolitikkan juga jika JPA menggambil tindakan?

Sudahlah Makrof menghalang kerja Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran untuk menyelesaikan masaalah kekurangan guru di Pasir Gudang.

Suami Cikgu Mala engkar majikan


Makrof Abd Mutalib, suami Normala Sudirman calon PAS PRK Tenang mendakwa yang dia telah teraniaya, apabila ditukarkan sejauh 200km dari kediamannya.

Walau bagaimana pun, hal ini telah dinafikan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran melalui kenyataannya di Berita Harian berikut:

PAS tidak bijak menjawab tuduhan salahlaku moral

Perbualan Facebook antara dua orang yang menggambarkan diri sebagai ahli PAS telah mendedahkan Cikgu Mala yang manis dan genit mempunyai masaalah moral.

Benarkah demikian dengan hanya berasaskan perbualan Facebook?


Thursday, January 20, 2011

Cikgu Mala bukan orang tempatan?


Semasa proses pemilihan calun, satu kriteria yang sering diulang-ulang dalam banci dan timbal balas yang dipinta ialah mereka mahukan orang tempatan. Perkara ini berulang-ulang baik oleh pengundi Melayu atau pun pengundi Cina mahupun pengundi India.

Oleh kerana itulah permintaan orang ramai sana sini, tidak kira kaum dan pangkat, maka beberapa pemegang jawatan utama dalam UMNO Bahagian Labis terpaksa diketepikan. Salah satu kriteria pemilihan Azhar ialah latarbelakang kelahiran Labis.

Rupanya pihak PAS tidak ambil peduli pandangan orang ramai. Normala adalah kelahiran Serom, Muar dan ibu bapanya berpindah ke Felcra Sekijang. Itu pun bukan dalam kawasan Tenang.

Sokongan mantap untuk Azhar


UMNO Bahagian Labis memberi sokongan penuh terhadap pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu Rosdin Mahamud berkata, walaupun sebelum ini namanya disenarai pendek sebagai calon BN, beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dan membantu Azahar memenangi pilihan raya kecil tersebut.

Mengenali calun anda


PROFIL Calon BN DUN Tenang

Nama: Mohd Azahar Ibrahim
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mei 1972
Tempat Lahir: Labis, Segamat

Wednesday, January 19, 2011

Isa saran "halau" saja pengkhianat dan penabur fitnah


Warga Felda disaran “menghalau” pengkhianat dan penabur fitnah yang dijangka akan bermaharajalela menabur fitnah menjelangnya pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata langkah berkenaan amat penting agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi oleh warga Felda hari ini terpelihara daripada dimusnahkan oleh anasir yang irihati dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda hari ini.

Menurut beliau kemajuan yang dikecapi oleh Felda hari ini sepatutnya dikongsi bersama dan bukannya difitnah dengan pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal dengan tujuan untuk memperalat peneroka.


ADO Rengit calun BN


LABIS 19 Jan. - Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, telah dimumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang untuk 30 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Labis petang ini.


Anwar diminta tidak berkempen di Tenang


Semasa majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin, Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Tenang.

Pelbagai helah diberikan pihak PAS, tetapi kini jelaslah dari surat seorang penyokong PAS di Malaysia Digest sini bahawa kepimpinan PAS Johor telah membuat keputusan meminta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak menghadiri.

Keputusan ini adalah satu tamparan buat Anwar yang telah menyumbang keapda kempen PAS dengan lawatan dua kali; pertama kali dalam satu ceramah dan kali kedua secara senyap-senyap. 


Kempen PAS patut tunjukkan kecemerlangan Normala

Normala Sudirman sudah diumumkan sebagai calun PAS dan Pakatan Rakyat.


Seorang guru kerajaan yang telah pun meletakkan jawatan. Maka tentu sekali dia boleh menarik sedikit sebanyak undi dari golongan guru-guru, rakan sekerja.

Samada ia boleh menarik lebih dari itu, UMNO akan memastikan sokongan tradisi dari guru-guru tidak lari. 

Bolehkah PAS membuat impak dalam negeri kubu kuat UMNO dan MCA ketika momentum kejayaan PAS di pilihanraya kecil sedang merosot, negeri-negeri Pakatan berhadapan dengan masaalah-masaalah persepsi, dan pretasi kempen pra-pilihanraya PAS kurang memberansangkan?


Monday, January 17, 2011

Bulu dan lurah Normala akan didedah?





PAS telah pun memilih Normala Sudirman, seorang Exco Muslimat Pusat sebagai calon mereka untuk bertanding di DUN Tenang. UMNO pula belum lagi menamakan calon mereka namun besar kemungkinan UMNO juga akan memilih seorang wanita untuk dicalonkan dalam Pilihanraya Kecil N.05 Tenang.

Sebelum ini, dalam 14 pilihanraya kecil yang lalu, Wanita dan Muslimat hanya diberikan peranan sebagai tukang kempen. Namun PAS kali ini memilih Normala memandangkan Exco Muslimat Pusat itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri di Tenang atau lebih tepat lagi di Labis memandangkan dia merupakan bekas guru yang sudah tentu disegani oleh penduduk setempat.

Mungkinkah UMNO akan mengambil langkah gentleman dengan meletakkan seorang wanita untuk bertanding dengan Normala? Kalau itulah yang berlaku, maka akan muncullah persoalan, apakah pertandingan kali ini lebih sengit dan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat selak kain tunjuk bulu?


Pas tidak tenang di Tenang


Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad dilaporkan Sinar Harian hari ini menafikan khabar di Internet bahawa Pas melarang PKR berkempen di kawasan Melayu.

Katanya, "Bukan kita tidak benarkan, tetapi pihak kita membuat pengkhususan untuk memudah dan melicinkan lagi gerak kerja.

"PAS berasakan mereka mempunyai kelebihan terhadap orang Melayu, manakala bagi DAP dan PKR pula mempunyai kelebihan untuk masyarakat Cina dan India. Jadi mereka boleh fokuskan terhadap pengkhususan masing."

Kalau itu yang dikata, apa pula tidak benar. Betullah PAS melarang PKR dan DAP berkempem kepada orang Melayu. Persoalannya berjayakah PAS berkempen dalam kawasan Melayu?

Sunday, January 16, 2011

Markom nafi arah guru

LABIS 14 Jan. - Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran (gambar) hari ini menafikan tuduhan pembangkang yang mengatakan beliau menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mengarahkan para guru di Tenang bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Ia bukan kempen tetapi nasihat saya kepada anak-anak buah agar menyokong kerajaan. Kerajaan hari ini adalah BN. Kalau mereka jadi kerajaan, kita sokonglah mereka (pembangkang).

"Dalam kes ini saya tak kan buat apa-apa, Datuk Puad (Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi) dah kata saya tidak bersalah.

"Saya bercakap pada kaunselor-kaunselor, bukan orang ramai dan ia dibuat secara tertutup yang mana orang yang merakam itu tidak sepatutnya datang tetapi berbuat demikian untuk ambil kesempatan," jelasnya.


Acara AMK bakar sentimen kaum India tiada hadhirin


Angkatan Muda Keadikan cuba mengaut keuntungan politik murah di Tenang ekoran saranan Dato Murugiah supaya buku Interlok ditarikbalik dari pelajaran sastera bagi Tingkatan empat.

Usaha mereka melalui satu majlis bakar buku pada minggu lepas gagal kerana tiada kedatangan penduduk tempatan. Malangnya kehadhiran begitu malap dan hanya 10-20 orang saja yang hadhir. Lalu mereka menyerahkan kepada PAS untuk "memainkan" isu ini.

Niat mereka adalah untuk membakar perasaan marah dikalangan pengundi India di estet-estet.

Langkah AMK juga sumbang kerana beberapa pemimpin dan penulis blog propembangkang tidak menyokong isu ini kerana Interlok dilihat sebagai hasil sastera yang bermutu. Selain itu, mereka enggan diperangkap menyokong isu yang dimulakan oleh pemimpin BN.


Calon BN Tenang Akan Diumum 19 Jan: Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diumum pada 19 Januari ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN di DUN itu sudah mengemukakan beberapa nama calon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN, untuk dipertimbangkan.


Saturday, January 15, 2011

Pertarungan antara dua Chua


Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang 30 Jan ini dijangka turut menjadi medan pertarungan dua tokoh politik bernama Chua untuk membuktikan kehebatan masing-masing dalam memenangi hati pengundi Cina walaupun kedua-dua bukan calon.

Tentunya, melalui pilihan raya kecil ini, banyak pihak ingin melihat sejauh mana kepintaran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri) dan bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng (kanan), yang kini menyertai pembangkang dan menjadi naib presiden PKR, dalam menarik pemilih Cina supaya mengundi calon yang mereka sokong.

Seperti yang diketahui umum, MCA kini menggalas bebanan berat untuk memastikan pengundi Cina kembali menyokong BN bagi memulihkan imejnya yang tercalar teruk pada pilihan raya umum 2008.

Kebanyakan penganalisis politik yakin kedua-dua Chua itu akan berusaha habis-habisan untuk memastikan pengundi Cina memberi sokongan kepada parti pimpinan mereka, hinggakan sesetengah mereka menyifatkan pilihan raya kecil Tenang sebagai "Pertarungan Antara Dua Chua".


Friday, January 14, 2011

Angin perubahan pengundi Cina sokong BN


LABIS 13 Jan. – Terdapat perubahan di kalangan pengundi Cina untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang kali ini, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Malah beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, angin perubahan pengundi Cina terhadap BN kali ini memungkinkan ia memenangi DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,500 undi pada pilihan raya umum 2004.

“Saya melihat daripada laporan yang diterima daripada ketua-ketua peti undi, ketua cawangan dan rakan-rakan MCA yang mendapati ada perubahan daripada masyarakat Cina untuk menyokong BN berbanding pada pilihan raya umum 2008,” katanya selepas melawat Kampung Baru di sini, hari ini.


Generasi kedua Felda tolak ANAK, Tubuh pertubuhan lain


LABIS, 13 Jan - Generasi kedua Felda yang mewarisi dan pengusaha-pengusaha rancangan tanah Felda yang asal menolak ANAK sebagai pertubuhan yang mewakili kepentingan mereka. ANAK dilihat hanya pertubuhan bermotif politik yang tidak akan berkesan memperjuangkan nasib mereka.

Generasi kedua Felda bercadang akan tubuhkan pertubuhan lain yang dinamakan Badan Bertindak Generasi Kedua Felda. Satu jawatankuasa protem akan ditubuhkan dalam sedikit masa lagi. Pihak penganjur sedang mengusahakan masa untuk bertemu dengan Pengerusi baru Felda, Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan buah fikirannya.

Thursday, January 13, 2011

Enam Timbalan Menteri MCA Bapa Angkat Tenang


KUALA LUMPUR, 11 Jan – MCA melantik enam Timbalan Menteri dari parti tersebut sebagai ‘bapa angkat’ bagi meraih sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Labis, Johor hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelantikan tersebut sebagai komitmen parti itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Kami akan memastikan pemimpin-pemimpin parti, baik dari peringkat pusat, negeri atau akar umbi, berusaha bertungkus lumus bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu di Wisma MCA hari ini.


Tuesday, January 11, 2011

Belum mula, PAS sudah ngaku kalah

Ini satu lagi perangai pelik puak - puak PAS. Mereka dah tahu akan kalah dalam Pilihanraya Kecil Tenang, tetapi masih berdegil nak bertanding juga buat apa?

Kenyataan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang awal - awal membuat ramalan bahawa PAS akan tewas dalam PRK Tenang.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam sidang media yang diadakan baru - baru ini.

Beliau turut memberi gambaran bahawa PAS tidak mempunyai peluang cerah untuk menewaskan Barisan Nasional memandangkan Kerusi DUN Tenang itu merupakan salah satu kubu kuat UMNO.

Beliau juga turut menyarankan agar pihak Pakatan menghentikan serangan terhadap Felda kerana langkah tersebut ternyata merugikan mereka sahaja terutama dikawasan DUN Tenang.


Monday, January 10, 2011

Mazlan Aliman, liabiliti PAS untuk PRK Tenang


Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor, AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK) pada awalnya dikatakan menjadi calon popular PAS di DUN Tenang. Mazlan katanya adalah calon sesuai kerana anak jati Johor dan mampu untuk menarik undi daripada pengundi Felda di Tenang.

Namun ketika hari penamaan calon makin hampir pada 22 Januari ini, nama Mazlan Aliman dilihat kurang popular di kalangan orang Felda.

Ini kerana tindakan Mazlan Aliman berbohong kepada 354 orang Felda Kemahang 3 untuk menyaman Felda sebanyak RM11 juta, sedangkan secara tidak sedar Mazlan dan kumpulan peguam akan cuba mengaut 30% untung daripada jumlah saman tersebut. Termasuklah tindakan Mazlan menipu letter head surat, isi kandungan surat palsu yang mengatakan ada projek naik taraf jalan bernilai RM185 juta di Felda serta menipu tandangan dan jawatan dalam surat yang dijadikan modal kempen Mazlan Aliman memburukkan Felda.


Kenaikan harga barang dan kes liwat Anwar jadi isu di Tenang

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kenaikan harga barangan seperti gula, petrol, hal-hal berkaitan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara isu yang dijangka menjadi modal pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, sehubungan itu Barisan Nasional (BN) perlu menggandakan usaha termasuk memperkemaskan jentera parti dan memberi penjelasan yang terbaik kepada pengundi bagi mematahkan serangan daripada pembangkang.

Beliau berkata isu-isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bagi meraih sokongan kerana ia adalah perkara yang amat dekat di hati pengundi.