Monday, January 10, 2011

Mazlan Aliman, liabiliti PAS untuk PRK Tenang


Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor, AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK) pada awalnya dikatakan menjadi calon popular PAS di DUN Tenang. Mazlan katanya adalah calon sesuai kerana anak jati Johor dan mampu untuk menarik undi daripada pengundi Felda di Tenang.

Namun ketika hari penamaan calon makin hampir pada 22 Januari ini, nama Mazlan Aliman dilihat kurang popular di kalangan orang Felda.

Ini kerana tindakan Mazlan Aliman berbohong kepada 354 orang Felda Kemahang 3 untuk menyaman Felda sebanyak RM11 juta, sedangkan secara tidak sedar Mazlan dan kumpulan peguam akan cuba mengaut 30% untung daripada jumlah saman tersebut. Termasuklah tindakan Mazlan menipu letter head surat, isi kandungan surat palsu yang mengatakan ada projek naik taraf jalan bernilai RM185 juta di Felda serta menipu tandangan dan jawatan dalam surat yang dijadikan modal kempen Mazlan Aliman memburukkan Felda.


Mazlan dilihat menjadi liabiliti kepada PAS disebabkan pembohongan tersebut telah diketahui oleh pengundi pengundi Melayu di Felda. Jika Mazlan diletakkan juga sebagai calon, PAS bakal hilang undi dari pengundi saluran satu di Felda serta golongan wanita yang menjadi pengundi penentu di Tenang.

Normala berbaju hijau membentang kertaskerja di satu program PAS

PAS mula mencari calon yang lebih ideal dan mampu menarik pengundi atas pagar, wanita muda, golongan pendidik dan golongan pengundi Cina. Calon yang dilihat sesuai oleh PAS adalah Normala Sudirman (Ketua Muslimat PAS Segamat, 38 tahun).

Berasal dari Felcra Sekijang dan merupakan bekas guru di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Kemelah (SK LKTP). Normala dikatakan sudah berkempen sejak 6 bulan yang lepas di Tenang untuk PAS. Malah khabarnya meletak jawatan dalam masa 24 jam semata-mata untuk menjadi calon di Tenang. Berdasarkan background sebagai seorang ustazah, Normala dikatakan mampu pergi lebih jauh berbanding Mazlan Aliman.

Kekuatan Normala terletak pada kawan baiknya dalam muslimat PAS iaitu Dr June yang mempunyai sebuah klinik keluarga di Pekan Labis. Pengaruh dari Dr June dan sokongan daripada 38% pengundi Cina di Labis dilihat mampu memenangkan PAS di Tenang.

Mengapa PAS dilihat begitu teliti dalam soal calon di Tenang? PAS sebenarnya mahu jadikan Tenang sebagai platform mereka untuk menjaja isu di kawasan Felda seluruh negara serta Johor.

Jika Mazlan Aliman yang dipilih dan jadi ADUN suatu hari nanti, pastinya Mazlan Aliman tidak akan sempat duduk di kawasan kerana sibuk menjelajah Felda di seluruh negara bagi memburukan Felda. PAS sebenarnya tidak tenang dalam soal calon kerana bimbang kekalahan berterusan di Galas dan Tenang adalah petanda tidak baik untuk mereka dalam politik. Itu adalah petanda orang Melayu sudah tidak suka pada PAS bila berkawan baik sangat dengan DAP.

Sementara di pihak DAP pula, mereka juga tidak tenang bila ada perjumpaan tertutup antara Presiden UMNO dan Murysidul Am PAS pada 25 Disember 2010 lepas. Isi kandungan perjumpaan itu yang membuatkan DAP jadi lebih tidak tenang. Pada 16 Januari 2011 ini, PAS akan umumkan calonnya di Tenang, kesilapan memilih calon seperti di Galas tentunya tidak mahu diulangi oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Angin Perubahan

3 comments:

  1. MAZLAN ALIMAN orang FELDA yang tak tahu bersyukur dengan nikmat dan bantuan kerajaan dan patut sangat PAS menyara dia....

    drp,
    PAKYA, FELDA Perak.

    ReplyDelete
  2. Dulu bapak dia orang susah kampung. Mohon jadi peneroka hasil perancangan Tun Razak. Tapi bila dah senang lupa diri. Betul2 kata pepatah lpas anjing tersepit. Agaknya kalau bapak mazlan tak masuk felda. Macam mana rupa mazlan alimin ni. Lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Jikaa ustaz Lan tu hebat di mata PAS, kenapa tak pilih dia sebagai calon supaya mudah dilantik sebagai Pengerusi anak2 Syarikat dalam Felda seperti yang dia dakwa banyak sangat kelemahan Felda.Kalau boleh....tapi tak mungkin kerana itu calon DUN. Tunggulah ustaz! nanti bertanding di Parlimen.

    -Madah berhelah,Felda Trolak.

    ReplyDelete