Sunday, January 16, 2011

Markom nafi arah guru

LABIS 14 Jan. - Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran (gambar) hari ini menafikan tuduhan pembangkang yang mengatakan beliau menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mengarahkan para guru di Tenang bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Ia bukan kempen tetapi nasihat saya kepada anak-anak buah agar menyokong kerajaan. Kerajaan hari ini adalah BN. Kalau mereka jadi kerajaan, kita sokonglah mereka (pembangkang).

"Dalam kes ini saya tak kan buat apa-apa, Datuk Puad (Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi) dah kata saya tidak bersalah.

"Saya bercakap pada kaunselor-kaunselor, bukan orang ramai dan ia dibuat secara tertutup yang mana orang yang merakam itu tidak sepatutnya datang tetapi berbuat demikian untuk ambil kesempatan," jelasnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu lawatan bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud ke bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) Labis, di sini hari ini.

Lawatan yang disambut meriah oleh Guru Besar, Lee Hui Kim, para guru dan murid-murid sekolah tersebut dibuat dengan tujuan meninjau persiapan menjelang ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal merasmikan bangunan tambahan itu Selasa ini.

Markom diminta mengulas isu rakaman ucapannya kepada kaunselor-kaunselor di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31 Disember 2010 yang dimuat naik ke dalam laman web video YouTube baru-baru ini dan tindakan Pas Johor yang membuat beberapa laporan polis berhubung isu tersebut.

Beliau pada masa sama mengingatkan para guru agar tidak hipokrit dan menempelak kerajaan setelah menikmati sumbangan dan biasiswa kerajaan sejak mereka masih di bangku sekolah lagi. - Utusan Malaysia

4 comments:

  1. btul..

    para guru sewajarnya menyokong kerajaan BN sbb mereka semua adalah golongan pekerja yg plg diutamakan, setiap kehendak mereka pasti dituruti dan gaji mereka lbh bnyk drpd bebanan kerja..

    asik diungkit kerja mereka truklah, penatlah, tekanan perasaan lah, hbis 2 kerja2 lain di muka bumi allah nie sng2 belaka ker ?

    sy skong markom suh dorg pangkah bn nt. jgn jadi kacang lupakan kulit, profesion perguruan sudah tercemar dan ambik lah lgkah besar untuk memulihkan kerjaya guru nie..

    jgn mkn gaji buta dan jadi pengkhianat kerajaan !!

    ReplyDelete
  2. aku rasa kalaulah kerajaan malaysia ni mcm kerajaan idi amin di uganda dulu2, habis puak2 pr ni kena kutip sorang2 & dilenyapkan dari muka bumi ni..kerja membangkang hingga makanan penuh mulut pun kerja nak membangkang! memang tak pernah bersyukur!

    kawan aku cerita, ada sorang cikgu tu sampai naik merah bijik mata tercekik nasi bila bercakap2 hal politik di kantin sekolah **** tahun lepas. sbb ada pula hamba Allah yg sanggah dakwaannya. bukan main bengang dia...

    biasalah, dia kata dia tidak dinaikkan pangkat krn dia takdak nombor (ahli umno!) padahal kerja sambil lewa, kelas selalu tak masuk, mesyuarat pun monteng manjang. kalau kerja2 ko, jgn harap nak campur!

    tapi kalau bab berbual, semua dia hebat! peratus lulus naik pun, dialah yg usahakan, konon! kalau bab nak cari salah orang lain, serahlah ke dia. semua orang tak betul, pengetua pilih bulu, pk2 pilih kasih, ppd tak betul, jpn tak bersih, kementerian tak adil, semua menteri2 tak cekap. semua ahli2 politik bn korup bagi dia. pendapatan negara diragui..haram belaka!! semua orang yg bukan ahli parti dia bagi dia tak cium bau syurga! hmmm... ntah bila nak sedar tangan yg memberi digigitnya hari2...

    ni yg hamba Allah tu kata, orang yg macam ni yg kata duit kerajaan haram tapi mau pulak makan gaji dgn kerajaan!!! ironinya!!!

    agaknya mrk jenis 'wali' kut...takdak dosa walaupun mulut & hati busuk mcm bangkai!!!!

    * siapa nak nafikan ada pengetua sekolah yg memang hijau habis!! ada nombor ka pengetua tu???

    ReplyDelete
  3. blog tuan akan dilinkkan


    tq berkunjung ke blog panglima

    ReplyDelete
  4. aku nak bagi cadangan ler kat kerajaan supaya mana2 kakitangannya yang pernah berkhidmat kemudian berpaling tadah (join pembangkang) agar membayar balik segala duit gaji yang pernah di bayar kpd mereka2 tu & di mulai dengan calon PRK Tenang Pas @ Che'gu Mala.
    Amacam??

    ReplyDelete