Monday, January 17, 2011

Pas tidak tenang di Tenang


Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad dilaporkan Sinar Harian hari ini menafikan khabar di Internet bahawa Pas melarang PKR berkempen di kawasan Melayu.

Katanya, "Bukan kita tidak benarkan, tetapi pihak kita membuat pengkhususan untuk memudah dan melicinkan lagi gerak kerja.

"PAS berasakan mereka mempunyai kelebihan terhadap orang Melayu, manakala bagi DAP dan PKR pula mempunyai kelebihan untuk masyarakat Cina dan India. Jadi mereka boleh fokuskan terhadap pengkhususan masing."

Kalau itu yang dikata, apa pula tidak benar. Betullah PAS melarang PKR dan DAP berkempem kepada orang Melayu. Persoalannya berjayakah PAS berkempen dalam kawasan Melayu?

Pemerhati di Tenang memberitahu Pas merasakan cara kempen PKR dan Dap tidak sesuai dengan suhu orang setempat lalu mereka hanya mahu masaalah itu tertumpu hanya di kawasan bukan Melayu.

Satu yang tidak menyenangi Pas ialah kempen PKR yang menggunakan tipu muslihat terhadap pengundi akan menimbulkan masalah kemudian hari. Walaupun tidak ramai ahli di Labis, sekurang-kurangnya Pas sudah adatapak di Labis.

Difahami satu bas yang membawa lebih kurang 40 orang India dari Ladang Voules, Bukit Dato dan Taman Tenang telah dibawa PKR menghadhiri jamuan makan malam di GD Restoren untuk dihadhiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kebanyakkan yang diabwa ialah kaum wanita. Satu lagi bas pula berisi penuh dengan pengundi kaum Cina.

Rupanya mereka ditipu penganjur yang mengatakan bahawa mereka di bawa ke sana untuk mendapat bantuan kebajikan sebuah gereja.

Baru-baru ini sebuah surat palsu Perkasa diedarkan di Tenang kepada pengundi Cina. Ini merupakan tipu helah yang sama diguna di PRK Hulu Selangor. 



Jika di Hulu Selangor, surat palsu Perkasa di tuju kepada pengundi Melayu. Surat palsu di Tenang diguna untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan membakar sentimen perkauman dalam hal kenaikkan harga barangan..

Setiausaha Agung Perkasa, Tuan Syed Hassan dilaporkan Sinar Harian berkata, "Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini."

Tipu helah bodoh sedemikian hanya datang dari jari jemari PKR. Ini tidak disenangi Pas kerana akan membangkitkan kemarahan pengundi Melayu di Tenang.

Pas pun tidak senang dengan cara pemimpin DAP dan pemimpin Cina PKR seperti Chua Jui Meng membawa isu luar dan perkauman untuk membakar sentimen perkauman di Tenang.

Mereka tahu ianya akan back fire sebaik saja MCA menimbulkan isu negara Islam yang masih releven di kalangan kaum Cina Tenang.

Parti yang cuba menembusi kawasan Melayu bukan sangat DAP tetapi PKR, yang membuat PAS tidak senang. Masaalahnya PKR pun tidak sabar dengan kempen Pas yang tidak laku.

Cara kaum Muslimut pergi rumah ke rumah awal-awal tidak menjadi. Banyak rumah-rumah di kawasan Felda sudah memgibarkan bendera UMNO dan BN hingga lemeah semangat mereka untuk masuk mencuba.

Majlis yang dianjurkan oleh Pengarah Pilihanraya Kecil Tenang PAS, Mazlan Alimin dan PAS Johor pun tidak menarik kehadhiran para pengundi. Pas dilihat hanya berceramah sesama mereka.

Apabila PKR menegur Pas, jawapan balas mereka ialah Majlis Anwar pun orang tidak berapa nak datang. Kata mereka, jika penyokong-penyokong Pas dari jauh tidak datang mengisi kehadhiran, majlis Anwar pun lengang.

Yang lucu dan penuh jenaka, sedang mereka berkelahi sesama mereka berkenaan kempen di Tenang, tapak untuk mengadakan majlis penamaan calun PAS-Pakatan di Tenang kena pindah. Tuan tanah telah menghalau mereka keluar kerana menerima ugutan dari puak PAS.

Majlis telah diadakan di atas sebidang tapak tanah di seberang jalan dekat pejabat PAS.

Semalam, Pas mengumumkan ahli Muslimut PAS dan seorang guru, Normala Sudirman sebagai calun di Tenang. Normala ialah Ketua Muslimut Pas Labis.

3 comments:

  1. PAS nak tenang macam mana,asyik maki hamun,fitnah dan bohong di masjid serta surau.Tiga wakil rakyat mereka terlibat dalam kemalangan di Perak mungkin sumpah kepada BN/UMNO/melayu makan Diri.Muhasabahlah diri.

    -anti busuk,TAMBUN.

    ReplyDelete
  2. Air tenang jangan sangka tiada buaya.PRK TENANG jangan sangka PR tak berkarya......Interlok!!!!

    AZ.1.TGnu

    ReplyDelete
  3. PR berkarya kat lubang bontot je.

    ReplyDelete