Sunday, January 23, 2011

Pengganas tak layak bincang politik matang dan hemah



Pemimpin muda PAS, Nasruddin Tantawi pernah menyeru semua pihak mengamalkan politik matang dan berhemah. Katanya perlu dielakkan perbuatan provokatif dalam amalan demokrasi yang bersih dan tulen.

PAS memang mudah lupa. Tak sampai sebulan, begitu buruk sekali poster yang dibawa ke sana sini di Tenang semasa hari penamaan calun.

Baca petikan laporan Harakahdaily yang menyiarkan kenyataan Nasruddin berikut:
Tenang: Amalkan politik matang dan berhemah

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Semua pihak diseru agar beraksi di gelanggang pilihanraya kecil Dun Tenang dengan mengamalkan pendekatan politik matang dan berhemah.

Kesemua pihak diminta menyantuni pengundi secara positif dan informatif dalam usaha memenangi hati mereka bagi meraih kemenangan terhadap parti yang bertanding.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi menegaskan, dalam menghadapi pilihanraya itu, semua pihak sewajarnya mengelakkan sebarang tindakan provokatif yang boleh mencetuskan suasana tidak aman.

Baca pembohongan PAS di Harakahdaily sini.
Dimana dalam ajaran Islam amalan mendoakan keburukan ke atas umat Islam dan orang perseorangan?

Dari segi politik, kebanyakkan orang Melayu Islam Johor sangat berkait rapat dengan UMNO hingga sudah menjadi tumpuan kegiatan masyarakat dan boleh dianggap dibudayakan dalam kehidupan orang ramai.

Inilah kumpulan yang PAS ingin merisik undi untuk memenangkan Cikgu Mala kononnya. Jika mereka sudah dihukumkan kafir dan didoakan mala petaka, bagaimana mereka akan menmgundi PAS?

Kalau wong Jowo sini tidak dipanggil perbuatan sedemikian sebagai goblok (bodoh) saja, tapi sudah sampai ke tahap dublek (bebal).

2 comments:

  1. Apakah pas itu lebih islam dan pemimpin mereka lebih waraq dari umno dan akan terus masuk syurga di hari akhirat nanti. Berdoa kepada allah swt untuk musnahkan saudara seagama itu lebih dahsyat dari berzina. Apakah pemimpin pas tidak melakukan fitnah, berzina, rasuah dan salahguna kuasa di negeri yang di perintah. Ramai juga pemimpin pas sengaja melindungi kejahatan yang di lakukan oleh pemimpin dan anak buah mereka. Berkelakuan tidak senonoh dan berkata-kata lucah semasa berceramah. Memfitnah telah menjadi darah daging pemimpin Pas. Kempen kempen parti pembangkang di prk tenang mula di cemari dengan fitnah dan dakyah palsu kempener pakatan pembangkang semata mata untuk mendapatkan undi. Ke masjid menjadi imam keluar saja masjid berubah menjadi syaitan durjana.

    ReplyDelete
  2. BETUL2..PAS MEMPERJUANG KAN ISLAM KE??..ape yg dia perjuangkan..pergi ke masjid.mengaji al quran,ceramah agama je..hubungan diplomatik tak de ..ape ni..Islam merangkumi semua aspek,bukan org2 yg waraq ke.tapi kebijaksanaan pemimpin.

    ReplyDelete