Wednesday, January 26, 2011

Azahar kejam atau PAS perbodohkan orang ramai?


Kalau berdasarkan kepada sidang media yang dibuat oleh PAS yang mempersoalkan integriti Azahar Ibrahim, bekas Penolong Pegawai Daerah Segamat yang dituduh melelong tanah Mansor Mohamad tanpa pengetahuan Mansor Mohamad sendiri, sememangnya Azahar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai di kalangan penduduk tempatan, seorang yang kejam, tidak berhati perut, kasar, tamak dan rakus.

Bayangkanlah proses perlelongan tanah dilakukan tanpa pengetahuan Mansor Mohamad yang merupakan tuan punya tanah tersebut. Bayangkanlah lelongan tersebut mungkin diadakan secara 'runding terus' sekalipun berjenama lelong.

Dan bayangkanlah lelongan tersebut sekadar membabitkan Azahar Ibrahim seorang dan tidak melibatkan orang lain, termasuklah orang dari Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, pihak bank dan orang yang berkaitan.

Dan bayangkanlah pula, lelongan tersebut dilakukan tanpa 'sebarang kesalahan' pada Mansor Mohamad!!!!

Aneh, mengapa PAS terlalu memandang rendah terhadap intelektual penduduk di Tenang?

Kenapa merendah-rendahkan kecerdikan para pengundi dengan sidang media berkenaan, semata-mata untuk memastikan apa yang buruk pada Azahar Ibrahim boleh dijadikan sebagai senjata untuk 'membunuhnya'.

Proses lelongan tidak semudah yang disangka. Surat-menyurat, peringatan dan sebagainya pasti telah dihantar kepada Mansor Mohamad, sama ada kerana dia tidak membayar cukai tanah, menjadikan tanah tersebut sebagai sandaran atau yang berkaitan.

Dan kalaulah dilelong, pastinya Mansor Mohamad telah diperingatkan sebanyak tiga kali sekurang-kurangnya. Takkanlah Mansor Mohamad langsung tidak ditemui oleh kakitangan daripada Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah?

Takkan Mansor Mohamad tidak tahu tentang undang-undang pemilikan tanah dan pembayaran cukai yang perlu diketahuinya bagi mengelakkan tanah tersebut dirampas dan kemudian dilelong?

Aneh, PAS menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk mengalahkan Azahar Ibrahim! Apakah tidak ada fakta lain yang boleh digunakan sebagai senjata?

Lelongan dibuat secara tidak sah pada 1 Disember 2003 dan perintah jualan daripada Mahkamah 18 September 2009?.... memang lawak ler PAS nih!!!!

3 comments:

  1. carilah hujah.. pertahankanlah Azhar calon Be End/UmnoNgok walaupun dah jelas apa yg di buat.. biar sama2 dapat tempiasnya dari Allah

    ReplyDelete
  2. Anon

    yang jelas pas bodoh dan tak faham isu. dia ingat rakyat bodoh.

    dah tak bayar mesti kena. itu undang2 dan peraturan.

    tak tahulah pas yang memang tak hoirmat peraturan dan undang2 ...banduan

    ReplyDelete
  3. PAS MEMANG BODOH PIANG PUN TERUTAMA DIN PUDURAYA ....betuikan akidah lu dulu woiiii

    ReplyDelete