Sunday, January 16, 2011

Acara AMK bakar sentimen kaum India tiada hadhirin


Angkatan Muda Keadikan cuba mengaut keuntungan politik murah di Tenang ekoran saranan Dato Murugiah supaya buku Interlok ditarikbalik dari pelajaran sastera bagi Tingkatan empat.

Usaha mereka melalui satu majlis bakar buku pada minggu lepas gagal kerana tiada kedatangan penduduk tempatan. Malangnya kehadhiran begitu malap dan hanya 10-20 orang saja yang hadhir. Lalu mereka menyerahkan kepada PAS untuk "memainkan" isu ini.

Niat mereka adalah untuk membakar perasaan marah dikalangan pengundi India di estet-estet.

Langkah AMK juga sumbang kerana beberapa pemimpin dan penulis blog propembangkang tidak menyokong isu ini kerana Interlok dilihat sebagai hasil sastera yang bermutu. Selain itu, mereka enggan diperangkap menyokong isu yang dimulakan oleh pemimpin BN.


Pihak MIC menyokong cadangan Dato P Murugiah kerana perkataan pariah adalah sesuatu istilah yang tidak lagi sesuai dalam masyarakat India Malaysia kontemporari dan dianggap sensitif.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada wakil 33 buah badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman bagi mempertahankan novel "Interlok" di Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Anak penulis novel itu Datuk Abdullah Hussain, Thariq dilaporkan Bernama berkata, "Ayah bukan ahli politik, beliau adalah seorang sasterawan, maka saya rayu agar jangan sesekali mempersenda atau mengambil peluang dengan mempolitikkan novel beliau.

"Saya cuma kasihankan ayah saya kerana beliau tertekan dengan isu tersebut, sedangkan sebelum menulis novel tersebut, beliau telah pun membuat kajian terlebih dahulu," katanya.

Interlok dihasil berdasarkan integrasi masyarakat Melayu, China dan India sejak awal tahun 1900 sehingga merdeka.

Menurut Naib Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam, isu novel Interlok tidak akan mempengaruhi undi kaum India di Tenang hingga menggugat peluang Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Orang-orang di sini tahu bahawa kerajaan memahami sepenuhnya sensitiviti masyarakat India terhadap kontroversi Interlok dan telah bergerak cepat untuk menyelesaikannya," kata beliau seperti yang dilaporkan mStar Onine.

Cadangan ini yang masih dikaji oleh pihak Kementeriaan dan tidak seharusnya dijadikan isu politik.

7 comments:

  1. PKR TAK PAYAH LAH DUK PERASAN NAK AMBIK HATI KAUM INDIA PADAHAL DALAM PKR SENDIRI PUN MASIH DUK BERKECAMUK/BERTELAGAH SESAMA SENDIRI. ANWAR SENDIRI KINI SEDANG BERUSAHA NAK SINGKIR KAUM INDIA DALAM PKR. KONGRES PKR DULU BERAPA RAMAI ORANG INDIA BUAT DEMO DI PETALING JAYA TAK PUAS HATI KERANA TIDAK BERI MEREKA TEMPAT DALAM PKR.NAK BELA KAUM INDIA KONON, PIGI DAH, BOLEH BELAH LA WEH. WAHAI MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA DAN DI TENANG JANGAN PERCAYA DENGAN PKR. PKR DAN ANWAR ADALAH PEROSAK NEGARA. PKR BERJUANG BUKAN UNTUK KETUANAN RAKYAT TETAPI UNTUK KETUANAN ANWAR MENJADI PM. KALU ANWAR JADI PM NEGARA AKAN HANCUR PERCAYALAH. SOKONGLAH BN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.

    DR BEKAS AMK PERAK

    ReplyDelete
  2. hahaha... wek wek..rasa nak muntah aku dengar AMK nak bakar buku interlok... nak ambik hati kaum india la tu?....hentikan lah, kaum india dah tak percaya dah dengan PKR. kedudukan mereka dalam PKR telah dinafikan. orang india disingkirkan dari PKR. pemimpin PKR lidah bercabang. anwar bapak lidah bercabang dalam negara cakap lain di luar negara cakap lain. manusia macam ni ke nak jadi PM? alamak bungkus la negara kalau anwar jadi PM. sedarlah masyarakat india di negara ini jangan jadi mangsa manusia lidah bercabang. marilah kita sama2 sokong BN di tenang.

    DP BEKAS AJK PKR HULU SELANGOR

    ReplyDelete
  3. hahaha...padam muka AMK.. nak bakar buku interlok tapi orang tak datang... kau orang bakalah sendiri lepas tu kau tengok sendiri. puas kau bakar buku, kau bakar pulak gambar anwar. he...tak reti2 lagi ke? orang dah tak suka dengan PKR sebab tu tak dapat sambutan itu pun tak reti lagi? malu la sikit... kalu aku la bubar je PKR tu.PKR ni dah tak sesuai lagi, ibarat hidup segan mati tak mahu.

    DP PENYOKONG ZAID IBRAHIM

    ReplyDelete
  4. dulu akulah penyokong setia PKR tapi bila mereka singkir aku dalam PKR tanpa sebab baru aku tahu PKR sebenarnya politik perkauman. kepada saudara ku kaum india di negara ini jangan terpedaya degan tindakan membakar buku interlok hanyalah sekadar ingin ambik hati kaum india sahaja.kami dah tahu dengan tipu helah PKR. kepada rakan2 india dalam PKR, ku seru keluar lah dari PKR. Bukti, Gobalakrishnan yang selama ini bermati-matian berjuang untuk PKR telah disingkirkan begitu sahaja inikan pula kita yang dibawah ni. marilah kita sama-sama tolak PKR, DAP dan PAS ditenang.

    dr Jayanathan, Ipoh

    ReplyDelete
  5. Aku kenal Datuk Adullah Hussain semasa di USM dulu. Orangnya wara', tak ada kerja kuca-kuca ni. Beliau seorang sasterawan telah diiktiraf oleh negara sebagai SN. Nak bawa ide sasterawan ke kancah politik, bodohlah.
    Datuk Murugiah baca dah ke buku ini, tak usah nak mengada-ngadalah. Cukuplah. Lain kali jangan cepat melatah, malu ke budak-budak saja.
    Banyak lagi kerja untuk majukan masyarakat India.

    ReplyDelete
  6. Carilah penulis PR yang banyak tulisan bohongi rakyat di segenap pelusok dan tempat untuk dijadikan teks sastera.Barulah mereka puas.Pernah PAS di Tganu adakan pemidang "orang mu Tembak,..Babi tak Tembak"sewaktu isu polis tertembak penyokong mereka di Batu Buruk dan isu babi di Melaka.Apa maksudnya?Tak rasiskah?

    -Tak Buta Sejarah,JELAPANG.

    ReplyDelete
  7. Kalau baca betul-betul, tak de apa yang menghina kaum India dalam Novel Interlok ni...
    ia cuma mebezakan dua senario yang berbeza di tanah air dan negara India dalam konteks pengamalan sistem kasta... dimana penulis menyatakan Masyarakat India di Tanah air lebih optimistik dan tidak menhiraukan pengamalan sistem kasta....so.. PR, jangalah 'mempolitikan' isu ini dengan menipu masyarakat india di Tenang semata-mata untuk mengaut undi mereka....

    from,

    TAMILAN, IPOH, PERAK

    ReplyDelete