Wednesday, January 19, 2011

ADO Rengit calun BN


LABIS 19 Jan. - Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, telah dimumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang untuk 30 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Labis petang ini.


Pengumuman ini menjelaskan khabar angin BN akan meletakkan calun wanita bagi menentang calun PAS, Normala Sudirman.

Azhar ialah anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud atau lebih mesra dipanggil orang tempatan sebagai Penghulu Brahim. Beliau memang penggiat dalam beberapa pertubuhan belia tempatan dan pernah memegang jawatan dalam UMNO.

Pilihanraya kecil ini diadakan ekoran dari kematian pengganti penghulu Brahim, Datuk Sulaiman Taha, 59 pada Disember 17.

1 comment: