Friday, January 14, 2011

Angin perubahan pengundi Cina sokong BN


LABIS 13 Jan. – Terdapat perubahan di kalangan pengundi Cina untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang kali ini, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Malah beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, angin perubahan pengundi Cina terhadap BN kali ini memungkinkan ia memenangi DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,500 undi pada pilihan raya umum 2004.

“Saya melihat daripada laporan yang diterima daripada ketua-ketua peti undi, ketua cawangan dan rakan-rakan MCA yang mendapati ada perubahan daripada masyarakat Cina untuk menyokong BN berbanding pada pilihan raya umum 2008,” katanya selepas melawat Kampung Baru di sini, hari ini.


Pada pilihan raya umum 2008, BN walaupun menang dengan majoriti 2,492 tetapi tewas di ketiga-tiga peti undi di mana majoriti pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina.

Ahmad melahirkan keyakinan bahawa masyarakat Cina akan menolak Pas pada pilihan raya kecil ini, kerana ia tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada pengundi di segi pembangunan tempatan, kerana pihak yang berkemampuan untuk membawa pembangunan adalah BN.

“Pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka bukan kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Sia-sia jika menyokong pembangkang kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa, perabih beras saja,” katanya.

Pembangkang katanya, tidak mempunyai sebarang peruntukan kewangan untuk menjalankan projek pembangunan di Johor.

Mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, beliau berkata, calon yang dipilih seharusnya seseorang yang disukai oleh pengundi dan berkemampuan untuk membawa kemenangan besar terhadap BN.

Selain itu katanya, calon itu juga mampu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap semua kaum di DUN Tenang.- UMNO Online

4 comments:

  1. Jangan perasan Cina boleh ubah sokong pada BN. Jika silap2 tambah undiPAS. Cuba tinjau adakah MCA ikhlas nak dapat sokongan Cina.

    ReplyDelete
  2. wahai pengundi cina sedarlah selama lebih 50 tahun BN memerintah kaum cina hidup dalam kesenangan/mewah. kalau PR memerintah belum tentu lagi nasib kaum cina terbela. tengok di kelantan dan di kedah kaum cina hanya menumpang. sedarlah hanya MCA sahaja parti yang dapat membela nasib kaum cina. nak harapkan DAP dan PKR hentikan lah. PKR dan DAP adalah parti untuk keluarga mereka je. PKR untuk ANWAR, AZIZAH dan NURU IZAH. DAP pula untuk KARPAL SING dengan anaknya GOBING SINGH, LIM KIT SIANG dengan anaknya LIM GUANG ENG. Sedarlah. sokonglah MCA/BN sebelum terlambat.

    dp cina kedah

    ReplyDelete
  3. Takpayah nak bersendiwara,orang cina pun tahu PAS tak boleh buat apa. Mereka tu cuma menumpang dan memberi racun lebih berbisa bila ada orang lain memberi racun kepada mereka.Nak tengok pergi saja ke Klate,cikgu cikgu sebahagian besar/laki bini sokong PAS tapi beli kereta/rumah dan anak masuk U dibiayai oleh KERAJAAN PUSAT/BN. Elok lah jadikan contoh yang buruk.

    -Cikgucina Islam,Grik.

    ReplyDelete
  4. Orang2 cina telah maju lebih jauh daripada orang melayu dan bangsa lain di Malaysia. Mereka bukannya tak kenal pas.Sewaktu BN kuat apa yang pas dan dap kata pada mereka terutama yang menyokong MCA kerana bersama umno. Realitinya umno/mca/mic ibarat isi dgn kuku.Tidor sebantal,mimpi pun sama agar malaysia maju jaya.Orang pas suka makan daging sebangsa dan seagama pun mereka tahu.

    AHLI NUJUM,Ipoh Barat.

    ReplyDelete