Wednesday, January 19, 2011

Anwar diminta tidak berkempen di Tenang


Semasa majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin, Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Tenang.

Pelbagai helah diberikan pihak PAS, tetapi kini jelaslah dari surat seorang penyokong PAS di Malaysia Digest sini bahawa kepimpinan PAS Johor telah membuat keputusan meminta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak menghadiri.

Keputusan ini adalah satu tamparan buat Anwar yang telah menyumbang keapda kempen PAS dengan lawatan dua kali; pertama kali dalam satu ceramah dan kali kedua secara senyap-senyap. 


Ketika majlis di Felda Chemplak, kehadhirin agak malap dengan hanya 500 orang sahaja yang hadhir. PAS sedar bahawa kebanyakkan yang hadhir hanya orang-orang PAS yang dibawa dari luar. Kehadhiran kali kedua Anwar Ibrahim secara sembunyi hanya mendapat kehadhiran dengan cara tipu helah. Kaum ibu India dan Cina ditipu aktivis PKR konon dijemput menghadhiri majlis penyerahan derma sebuah gereja.

Penyokong PAS tersebut turut mencadangkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk melarang Anwar Ibrahim daripada terlibat dengan kempen PAS di Tenang. Penglibatan beliau dilihat akan membawa persepsi negatif kepada pengundi kerana kredibiliti beliau sekarang amat diragukan oleh rakyat. Beliau digambarkan sebagai satu liabiliti kepada usaha PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Sebelum itu, pihak PAS Johor juga telah menggesa PKR dan DAP supaya tidak memasuki kawasan orang Melayu untuk berkempen kerana PAS lebih mudah mendekati orang-orang Melayu Johor dari PKR. Kehadhiran DAP pula hanya menjauhkan pengundi dari PAS.

Nampaknya PAS mula sedar akan masaalah Anwar Ibrahim dan PKR tapi masih malu alah nak mengaku.

7 comments:

  1. salam,
    link saudara sudah saya pautkan.

    selamat berjuang

    ReplyDelete
  2. Populariti anwar ibrahim sudah pudar wlpun beliau mengaku mendapat sokongan rakyat. PAS cepat sedar siapa yang menumpang kasih sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. sy menyokong tindakan PAS, kehadiran anwar dan DAP ke majlis pas boleh merosakkan sokongan pengundi.

    ReplyDelete
  4. PRK TENANG DAH DI LINK , POHON LINK KAN JUGA CELAH GELEGAR

    ReplyDelete
  5. Salam tuan..

    Saya blog baru yang masih merangkak2.. Mohon link ke blog tuan untuk menumpang kepopularan blog tuan..

    Sekiranya tuan dah link.. maklumkan kepada saya melalui komen.

    segala kerjasama didahului ribuan terima kasih...

    selamat berjuang,daripada mimview.blogspot.com..

    ReplyDelete
  6. saya telah link kan blog saudara. mohon link kan juga blog anak sufi. Bersama kita berjuang daripada kezaliman DAP!

    ReplyDelete
  7. Selamat berjuang untuk menghargai kedamaian, kesejahteraan dan kebahagian ummah di negara kita tercinta.

    Amin:
    (Kami sudah link kan ke blog kami, pohon di link kan bersama kepada blog kami yang baru belajar ini, terima kasih)

    eekaa @eekaawordpresscom

    ReplyDelete