Saturday, January 22, 2011

Bila ketandusan isu, Rosmah pula dijadi bahan


Macam-macam isu cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang untuk meraih undi tetapi semuanya gagal belaka. Akhirnya pembangkang terpaksa menaikkan emosi rakyat melalui isu-isu remeh temeh.

Satu isu yang tidak ada kena mengena dengan rakyat Tenang tetapi ditimbulkan juga di kempen PRK Tenang ialah berkenaan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur ke Timur Tengah.

Tindak tanduk pembangkang ini dilihat hanya helah untuk menimbulkan rasa menyampah rakyat terhadap kepimpinan negara.

Perkara ini telah dijawab dengan jelast baru-baru ini oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Utama Dr Rais Yatim.


Menurut Rais, lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.

Perkara 1180A peraturan itu membenarkan seseorang isteri anggota pentabiran untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Lawatan Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang sukarelawan yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita.

Adakah penglibatan dalam perkara-perkara ini yang ditentang oleh pihak Pakatan Rakyat?

Peranan yang dimainkan Rosmah adalah sesuatu yang digalakkan oleh kerajaan dan diperlukan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Rosmah telah membantu negara dan Datuk Najib dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara.

Rosmah adalah seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman profesyenal. Beliau mempunyai kebolehan dan kemampuan yang boleh dimanafaatkan masyarakat.

Rakyat Malaysia amat terbuka dan bersikap positif dengan initiatif dan keprihatinan isteri Perdana Menteri kita. Yang menjadi batu api ialah pihak pembangkang yang sentaisa cemburu dan buruk sangka.

9 comments:

  1. Peranan yang dimainkan Rosmah adalah sesuatu yang digalakkan oleh kerajaan dan diperlukan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Rosmah telah membantu negara dan Datuk Najib dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara.

    Rosmah adalah seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman profesyenal. Beliau mempunyai kebolehan dan kemampuan yang boleh dimanafaatkan masyarakat.

    Rakyat Malaysia amat terbuka dan bersikap positif dengan initiatif dan keprihatinan isteri Perdana Menteri kita. Yang menjadi batu api ialah pihak pembangkang yang sentaisa cemburu dan buruk sangka.

    **piss... apa kurangnya Tun Dr Hasmah.. tapi Tun tak pulak jadi wakil kerajaan yang sepatutnya menteri kabinet buat.. Tapi big mum ni lain skit.. eehh... bukan sikit.. banyak lainnya

    ReplyDelete
  2. Lawatan Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang SUKARELAWAN yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita.

    PORAHHHHHHHHHHHHH... KALAU SUKARELAWAN.. GUNA DUIT SENDIRI LAA.. NAIK KELAS EKONOMI LAAA.. DUK HOTEL BUGET LAAA.. NAK TENGOK BERAPA KOSNYA? NAK KE TAK?

    ReplyDelete
  3. Haha. Sian btul tgk penyokong Pakatan Rakus ni. Tak abis2 jeles ngan Bik Mama. Ni mesti ANUwar kasi bakar hati korang sume sbb 'Ajijahku Tak Datang' mengadu kat 'ANUgerah Tuhan' yg dia pon nak gi mkn angin kat oversea, asyik ikut ANUwar turun naik court je dia pon dah naik muak dah asyik cite pasal jubo.

    Rosmah Mansor gi sana atas invitation, bukan saje2 dia nak gi. At least dia gi negara2 Islam, merapatkan silaturrahim mengikut syariat Rasulullah S.A.W.(bukan mcm org yg buta2 ikut fatwa Wali Selipar). Pasal sumber pembiayaan dia kat sana, lantak la kalo dia pakai duit kerajaan pon sbb invitation tu atas kapasiti dia sbg isteri PM, bukan personal invitation. So that means, dia mewakili kerajaan Malaysia ke sana. Dia gi sana pon bukannye nak buruk2kan nama negara kita tercinta, siap bg pembentangan lg kat sana.

    ANUwar gi luar negara gak, korang tak kecoh2 lak kan? Dah la gi negara2 yg bersekongkol ngan Yahudi, buruk2kan imej negara dan segala rahsia negara nak bg org luar tau lg(petualang? penderhaka?). Pastu ANUwar gi sana korang tak tanye lak dr mane sumber kewangan dia tu ek? Kaya btul org yg penah masuk penjara tetibe jd millionaire sbb jd Ketua Umum parti politik?(Ketua Umum pon bukannye jawatan rasmi pon, tak dpt elaun).

    Muhasabah la diri tu balik wahai penyokong2 pembangkang. Tolong jgn sempitkan pemikiran dan taksub kpd makhluk yg bergelar manusia.

    ReplyDelete
  4. Bace sendri la aktiviti2 yg Tun Dr Siti Hasmah penah buat dulu:

    As President of BAKTI (Welfare Club of the Wives of Ministers and Deputy Ministers), Tun Dr. Siti Hasmah has been active in efforts to educate young people about the dangers of drug abuse. In 1985, at the invitation of First Lady Nancy Reagan, she attended the First Ladies' Conference on Drug Abuse in Washington, D.C. She also represented Malaysia at the International Conference on Drug Abuse and Illicit Trafficking in Vienna in 1987.

    Tun Dr. Siti Hasmah is also active internationally in promoting the cause of rural women. In 1992, at the invitation of Queen Fabiola of Belgium, she attended the First Ladies' Summit for the Economic Advancement of Rural Women in Geneva. She was chosen as one of the six Core-Group Initiators of First Ladies representing the Asia-Pacific Region.

    Tula, dulu asyik dok mengutuk Tun Dr Mahathir. Cmane la korang nak tau ape yg bini dia buat dulu. Hidup penuh dgn kata nista kat laki dia. Kalo tak tau buat cara tak tau la. Takyah melalak tak tentu arah.

    Sekurang2nya bini PM kita ni gi sana bukan buat keje takde faedah pon, korang je yg dengki kat dia. Ops, silap bukan korang dengki sbnanye tp bini2 pemimpin korang yg asyik dok tunggu bile la laki dia nak naik PM. Sudah2 la tu dgn "PHD" korang tu. Bawa2 muhasabah diri lg baik. Kembali ke pangkal jalan sebelum tersesat jauh.

    ReplyDelete
  5. Itulah orang buta....mimpi indah dari cerita dongeng jauk2 PR yang memang tak tahu apa2.

    Kalau rosmah pergi belanja sejuta pun apa ada hal... Baca lah berita berapa juta USD dia dapat kumpul dana untuk kesejateraan Rakyat.

    Juak2 PR ini asik nak mengutuk cari salah aja kerjanya.

    ReplyDelete
  6. Peranan Rosmah utk menghabiskan wang rakyat itu sahaja. Dia dah selesa hidup senang dan glamor lalu melupakan asal usul dia. Rakyat yang menderita dengan kenaikan barang dll. Rosmah akan merosakan Najib percayalah pengikut2 nya.

    ReplyDelete
  7. Orang2 PR semak dan periksa isteri sendiri terlebih dahulu. jangan asyik hasad dengki yang melampau terhadap orang lain.tengok orang pas di kelantan laki bini tu baik semua ke?.ada dengan jiran sama lambang pun lebih lagi.

    Mat teropong.KN/KD/KTR.Medan Istana.

    ReplyDelete
  8. org pembangkang semua baik tukar parti je la..PR parti x de masa depan..hanya nk mengagungkan AnuWAR dan kroni dia mahu pergi ke putrajaya saja..
    blah la wei...
    semua janji2 palsu & pembohong.

    ReplyDelete
  9. tak da sapa angung sapa.. yang penting UmnoNgok mesti pertahankan Be End sampai titisan darah terakhir.. Big mama pi lagi luar negeri... waduhh.. syok nye jadi pemimpin UmnoNgok..

    ReplyDelete