Thursday, January 20, 2011

Cikgu Mala bukan orang tempatan?


Semasa proses pemilihan calun, satu kriteria yang sering diulang-ulang dalam banci dan timbal balas yang dipinta ialah mereka mahukan orang tempatan. Perkara ini berulang-ulang baik oleh pengundi Melayu atau pun pengundi Cina mahupun pengundi India.

Oleh kerana itulah permintaan orang ramai sana sini, tidak kira kaum dan pangkat, maka beberapa pemegang jawatan utama dalam UMNO Bahagian Labis terpaksa diketepikan. Salah satu kriteria pemilihan Azhar ialah latarbelakang kelahiran Labis.

Rupanya pihak PAS tidak ambil peduli pandangan orang ramai. Normala adalah kelahiran Serom, Muar dan ibu bapanya berpindah ke Felcra Sekijang. Itu pun bukan dalam kawasan Tenang.

Baca laporan berita Harakahdaily berikut:
Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. - Harakahdaily
Macam mana pembangkang ini menjaja istilah rakyat tidak berhenti henti dan sana sini tetapi permintaan rakyat pun tidak dipenuhi?

Normala yang suami isteri adalah guru akan selalu berpindah kawasan. Macam mana dia nak mengaku dirinya orang Tenang atau Labis?

19 comments:

  1. Cik Gu mala ni memang Super Active semasa menjadi guru.Semua dilanggarnya.Sebab tu dia lebih TERTONJOL dari suami dia !

    ReplyDelete
  2. Cik Gu Mala telah memegang jawatan Ketua Muslimat Pas Labis sejak tahun 2000. maknanya selama 10 tahun Cikgu Mala makan gaji kerajaan dalam masa sama aktif sebagai pemimpin pembangkang ,dia seolah-olah meracun majikannya. Kalau jadi wakil rakyat adakah Cik Gu Mala akan berpaling tadah kepada pengundi2nya...sejarah beliau telah membuktikannya

    ReplyDelete
  3. Bekerja dengan kerajaan tak boleh jadi ahli pembangkang? Tahap pemikiran masih ditakuk lama.

    ReplyDelete
  4. bukan ke itu di kira haram???

    ReplyDelete
  5. ya, makan gaji buta je.....
    sibuk dgn politik

    ReplyDelete
  6. LINK BLOG ANDA TELAH KAMI SERTAKAN DI:http://www.kitagempur.com/index.php
    SEBELAH KANAN N0.2 DARI ATAS...

    ReplyDelete
  7. di sekolah keb kalumpang,hulu selangor pun sama.
    ada sekor ustaz ahli pasberg.
    selalu hilang sewaktu mengajar.
    kalau tak kekebun menanam betik beliau akan keceramah pasberg.
    dar pemerhatian aku.ustaz ini dalam 5 hari mungkin dalam 2 jam dia mengajar...asyik hilang dari kelas.
    sembahyang tak pernah tinggal.
    tapi sibuk dengan politik, anak2 murid di biarkan.
    ..

    ReplyDelete
  8. Jadi Government servant kene sokong BN je la? hehe lawak2... itu namanya bukan demokrasi.. kita sokong sapa itu hak individu.. yg sibuk tuduh mkn gaji buta tu lagi la bodoh.. seorang profesional tahu membagi masa... dan saya percaya Cikgu Mala seorang calon yg baik.. fitnah la sepuas anda.. Allah S.W lg mengetahui...

    ReplyDelete
  9. Taktik BN seperti di Batu Sapi.. ambik wakil dari ahli keluarga.. supaya dpt lebih simpati ke tu?.. bila lah arena politik kita jd profesional klu masih dgn cara begini..
    antara yg paling lembab skali adalah penamaan calon.. bukankah lg baik jika di buat seawal 6 bln sebelum tarikh mengundi supaya rakyat akan lebih senang mengenali dan menilai seseorang calon.. istihar properties dan rekod kesihatan harus la mandatori.. ntah la..bila malaysia ni nak ikut seperti negara maju..

    ReplyDelete
  10. memang hak individu..tapi tak malu ke..sebab tu dia berenti keje kerajaan tahun lepas, dah tau malu kot..macam ni nak jadi pemimpin?? podahh..!!

    ReplyDelete
  11. blog sdr yang hebat telah di link di http://rumahanjas.blogspot.com mohon sama pautan sdr agar dapat kita saling berkerjasa sama

    ReplyDelete
  12. Pompuan kalau lebih super aktif dari suami kalau main kuat duduk kat atas huhuhu laki dok tadah pula hahaha

    ReplyDelete
  13. apa cerita yang kerja di selangor tapi tak sokong kerajaan negeri selangor.Haram juga ke? tu Kusrin tak sokong kerjaaan negeri Pakatan. Haram gajinya ke?

    ReplyDelete
  14. nak jadi Melayu jangan bodoh sangat.perjuangan Islam mesti diteruskan tak ada UMNO tak bererti dunia kiamat.Semua rezeki Allah yang beri bukan BN.

    ReplyDelete
  15. Melaun bodoh mana tak faham-faham. Kakitangan kerajaan mesti mematuhi dasar-dasar goverment on the day. Sokong kerajaan bukan bermakna sokong parti bodoh. Kakitangan awam persekutuan wajib sokong kerajaan persekutuan. Kalau PKR perintah kita kakitangan awam yang parti UMNO akan sokong kerajaan yang memerintah pada masa tu bukannya Parti Politik mereka PAS ke PIS ke DAPig ker.

    ReplyDelete
  16. Sambung lagi .... bila kakitangan awam melakukan perkara-perkara bertentang dengan dasar kerajaan yang memerintah tu makan gaji HARAMJADAH. Berhenti jer la kalau nak buat sesuatu tingkahlaku bertentang dengan sifat dan sikap penjawat awam. Ni lah yang berlaku ramai kakitangan awam penyokong pembangkang tak faham,mereka tidak melaksanakan pekeliling atau tatakelakuan sebagai pegawai awam berdasar peraturan dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah dgn alasan kerajaan BN. Kalau tak setuju ngan kerajaan yang tak sebulu ngan parti behenti sahja. Nanti kalau PKR perintah dia kuar arahan boleh minum arak dan berjubur wajib patuh la. Tak nak berhenti ...banyak lagi kerja lain bodoh.

    ReplyDelete
  17. org pas ni tak tau malu ke>cakap pasal islam tapi perangai macam sial.........tengok kat selangor apa jadi bila bila EXCO Dap control isu arak,rumah urut...pas buat apa semua menikus..dulu blom perintah berkokok ...menyalak nak buat itu ini sekarang?

    ReplyDelete
  18. tak payah dok kecoh 2 buang masa dan dapat dosa,kalau nak undi mana 2 parti undi lah yang dok sebok maki hamun tu tak guna,cari la pahala banyak 2 kurang kan dosa.kita hidup di atas muka buni tuhan bukan nya lama.cuba tuan 2 pikir dia orang tu nak kan gaji je.pas ke umno ke sama je.bila orang suruh pegi mengundi pegi lah ....aku orang pas tulin.....

    ReplyDelete
  19. Melaun mana yang bodoh tu...? Kusrin kakitangan kerajaan persekutuan dan gajinya ddibayar oleh kerajaan persekutuan. Beliau seorang PTD. Sewajarnya, beliau sokong majikan yang bayar gajinya.

    Jika Pakatan Rapuh yang perintah Malaysia, pasti dia sokong kerajaan yang memerintah pada waktu itu.

    Jangan samakan dia dengan pegawai yang dibayar oleh kerajaan negeri seperti pegawai PBT dan pegawai Majlis Agama Islam setiap negeri.

    ReplyDelete