Friday, January 14, 2011

Generasi kedua Felda tolak ANAK, Tubuh pertubuhan lain


LABIS, 13 Jan - Generasi kedua Felda yang mewarisi dan pengusaha-pengusaha rancangan tanah Felda yang asal menolak ANAK sebagai pertubuhan yang mewakili kepentingan mereka. ANAK dilihat hanya pertubuhan bermotif politik yang tidak akan berkesan memperjuangkan nasib mereka.

Generasi kedua Felda bercadang akan tubuhkan pertubuhan lain yang dinamakan Badan Bertindak Generasi Kedua Felda. Satu jawatankuasa protem akan ditubuhkan dalam sedikit masa lagi. Pihak penganjur sedang mengusahakan masa untuk bertemu dengan Pengerusi baru Felda, Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan buah fikirannya.

Program anjuran Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi ANAK dan Pengarah Jentera PAS untuk PRK Tenang tidak mendapat sambutan di Tenang. Dalam satu program minggu lepas di Felda Chempelak Barat, hanya 50 orang sahaja yang hadhir hingga  Mazlan difahami berkata, "Program ini hanya membuang duit sahaja."

Penolakkan genrerasi kedua Felda adalah disebabkan dua perkara. Pertama, mereka melihat ANAK hanya pertubuhan bermotif politik parti yang dianjurkan PAS. Cara mereka menyelesaikan masaalah generasi kedua dengan menyaman Felda tidak menyelsaikan masaalah tetapi hanya merenggangkan perhubungan dengan pengurusan Felda.

Ramai antara generasi Felda menyedari bahawa peneroka Felda yang menyaman tidak mendapat keuntungan wang yang diharapkan tetapi hanya menguntungkan peguam-peguam yang kononnya membantu secara pro bono (percuma).

Masaalah mereka tidak akan selesai tetapi hanya diguna sebagai modal politik Pakatan Rakyat.

Perkara kedua yang menghilangkan semangat generasi kedua Felda untuk menjadi ahli ANAK ialah keperibadian Mazlan Aliman sendiri. Rata-rata orang-orang Felda Johor mengetahui latarbelakang Mazlan Aliman yang tidak pernah mengusahakan dan mencapai apa-apa dalam kehidupannya.

Mazlan menipu mengenai pendidikannya konon belajar di Universiti Teknoloji Malaysia yang sebenarnya palsu. Baca latarbelakangnya di Warisan Pahang sini.

Dia tidak pernah bersungguh mengerjakan kebun keluarganya dan gagal dalam perniagaan yang dicuba. Sudahlah gagal, Mazlan hanya bergantung mata pencarian sebagai penceramah untuk Pas dan kini pengerak ANAK.

Dia pun telah melarikan diri dari Felda Kulai dan lari ke sebuah rancangan Felda di Pahang. Dalam satu wawancara di dalam majalah Felda, abang kepada Mazlan, Abd Rahim bin Aliman menyeru kepada adiknya supaya pulang ke pangkal jalan.

10 comments:

  1. inilah dia manusia yg tidak pandai b'syukur & b'terima kasih..hanya pandai mencari salah org lain..Mazlan seorg yg tidak mengenang budi..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Tolong Pautkan Blog EP
    Terima Kasih

    http://www.empayar-pemuda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,
    Mohon link ke blog tuan
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. Salam perjuangan,
    Mohon link ke blog tuan utk kongsi maklumat
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah,
    Mohon pautkan ke blog tuan
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. Kau tak akan aman wahai Mazlan Aliman Anak Haprak, ku akan jejakimu dan londehkan segala kejahatanmu.

    ReplyDelete
  7. Mazlan Aliman???... orang kampung dia pon tak kenal sape dia.. sbb dia tak pernah terlibat dengan kerja2 kebajikan, apa yg dia tau menyalah kan kepimpinan kampung, semua tak betul. kebun arwah bapak dia pon Felda yang uruskan..mungkin dia tak tau kat mane kebun tu, sebab dia tak pernah tolong bapa dia mengerjakan kebun tu. Rumah emaknya dijadikan kelas PASTI.. sampai emak dia tak selesa lalu pindah dan berkahwin dengan jiran nya. kalau korang tak caya tanyalah org Felda Bukit Ramon KulaiJaya... A-Z diorg bole citer sape Mazlan yang korang sanjung2 tu.... Pooooorahhhhh.

    ReplyDelete
  8. Akupun tak tahu apa jenis manusia macam mazlan ni. Tak pernah bersyukur dan berterima kasih pada orang yang telah merubah nasib diri dan keluarganya. Kalau cakap pasal Islam macam dia sahaja yang Islam, Orang FELDA macam tak tahu Islam. Belajar pun sekerat. Pegi dah...

    ReplyDelete
  9. hoi mazlan aliman!!!! sedarla diri tu sikit, ingat.... dulu seluar dalam kau pun felda yang tolong belikan....dah besar nak buat kacau kat felda pulak... ni la dia kacang lupakan kulit..ibarat melepaskan anjing tersepit... boleh belah la weh... aku takde kawan macam kau ni azman....

    dp bekas kawan azman aliman - felda kulai

    ReplyDelete
  10. mazlan yg begitu hero tak dicalon oleh PAS.Dulu berapi2 ceramah pas sewaktu mula bertapak di kelantan nyatakan perempuan tak boleh jadi pemimpin. bila pula pas pandai berubah.? kata kat pemimpin BN terlalu banyak cogankata. Cermin la parti kita tu!!!membangun bersama islam, pas untuk semua,kepimpinan ulamak, menuju putrajaya...ini bukan cogankata ke?lempar batu sembunyi tangan.

    Pemerhati kunciBALAIRAYA/MESIN JAHIT KEMAS
    K.Nerus di BANDING.

    ReplyDelete