Wednesday, January 19, 2011

Isa saran "halau" saja pengkhianat dan penabur fitnah


Warga Felda disaran “menghalau” pengkhianat dan penabur fitnah yang dijangka akan bermaharajalela menabur fitnah menjelangnya pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata langkah berkenaan amat penting agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi oleh warga Felda hari ini terpelihara daripada dimusnahkan oleh anasir yang irihati dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda hari ini.

Menurut beliau kemajuan yang dikecapi oleh Felda hari ini sepatutnya dikongsi bersama dan bukannya difitnah dengan pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal dengan tujuan untuk memperalat peneroka.


“Kenapa mereka baru sekarang kononnya prihatin dan peka dengan warga peneroka. Kenapa daripada dulu tidak mengambil apa-apa tindakan. Dan kenapa setelah Felda meningkat maju dan peneroka menikmati hasil serta pendapatan yang begitu tinggi, terdapat anasir luar yang cuba menggagu gugat kejayaan ini.

“Golongan seperti ini perlu dihalau daripada Felda agar masyarakat Felda dapat hidup dengan aman,” katanya ketika berucap pada majlis “Kenduri Sekampung” di Felda Tenang yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut serta Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman, pengurusan Felda dan kepimpinan BN yang lain.

Isa yang baru dilantik menjadi Pengerusi Felda selepas Tan Sri Yusoff Noor seterusnya menambah, janji yang ditabur oleh pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah mainan politik semata-mata.

“Anwar boleh janji macam-macam sebab beliau sedar bahawa dirinya tidak akan menjadi Perdana Menteri. Kalau sekadar janji sesiapa pun boleh janji. Saya sendiri boleh janji macam-macam. “Dah macam-macam dia tabur kepada rakyat dan pelbagai janji yang telah kita dengar sejak daripada dulu lagi. Apa yang dia telah laksanakan.

Dengan janji 16 September yang sehingga ke hari ini tidak nampak batang hidung….Terpulanglah kepada rakyat,” katanya.

Justeru tegas beliau, terpulanglah kepada warga Felda untuk membuat penilaian sewajarnya dan percaya masyarakat Felda cukup bijak untuk membuat perbandingan yang mana baik dan yang mana buruk. - MediaUMNO

16 comments:

  1. BLOG PRK TENANG TELAH KAMI PAUTKAN MOHON BLOG ALEHKAYONG DIPAUTKAN

    ReplyDelete
  2. aku memang solute pada pengerusi Felda yang baru nie.....memang wajar halau sahaja mereka yang mengkhianati perjuangan BN untuk membela nasib bangsa melayu yang merempat suatu masa dahulu, jika tiada felda tah macamana nasib bangsa melayu yang hanya mampu duduk di tanah mak bapak sahaja, adanya felda masing-masing bukan sahaja dapat tapak tanah utk rumah malah tanah kebun pun dapat. Bersyukurlah. tak bersyukur pergi berambusssssss dari felda.

    ReplyDelete
  3. salam

    aku dh halau pas yg masuk paya merah.bukan aku je...1 kg kuar...hahahahahahaaa

    tu si normala meroyan sensorg.org dah halau menjerit2 taknak.mcm pompuan gile...kihkihkih

    zera yatt

    zeirahmd@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Pemimpin PR lagi hebat... dia musti dah anta geng "MOSSAD" ke DUN tenang utk pemantauan. Si kunyit tu kan ada "PR" negara Israel. Tugas PASberg akan menjadi lebih mudah. Hanya melaungkan slogan "Skandal Makrof, Normala Mungkar".."Takebeer"...

    ReplyDelete
  5. Semoga perjuangan yang tulen, jujur dn ikhls menjadi teras kita. Insya Allah jika ini dapat dijelmakan Tuhan akan bersama kita. Saya telah pautkan PRK Tenang dan akan saya promosikan.

    ReplyDelete
  6. Awas peneroka FELDA... anda telah dipimpim oleh ADUN peRASUAH.

    Dgn pimpinan ISA RASUAH... maka Felda buat setakat bangkrap tapi bakal muflis dan punah!
    UMNgOk Be-eNd kalau tak terlibat dgn RASUAH bukan UMNgOk Be-eNd namanya

    ReplyDelete
  7. Macamana la KERA-jaan UMNgOk Be-eNd boleh bagi kepercayaan kat PERASUAH (yg dah dihukum 3 tahun dibekukan dlm UMNgOk) utk jadi pengerusi Pelda...?

    Kalo mamat pendek macam ni pun dilantik pegang Felda... alamat bukan setakat bangkrap, pelepah sawit pun habis dijualnya!

    Aku rasa mungkin dia nak balas jasa sbb di"cover-up" kes kat PD dgn ZZ madahBerhelah kot! Takpun si pendek ugut nak bukak cerite tu!

    PeRASUAH... walaupun akal pendek sependek orangnya tapi... duit n kuasa punya hal, tetap ligat nak putar alam!

    ReplyDelete
  8. bdoh gler komen kat atas aku nie..

    dpd pemimpin ko yang meliwat 2, apehal ??

    felda xkn bankrap lah, aku ltak kyakinan penuh pada agensi untuk org melayu nie.

    kalo ko handal, suh pemimpin bangan ko buat satu agensi yg bleh jd sehebat felda.

    pmbk, semesta sume da jahanam lah woii...

    aku umno, dulu, kini dan selamanya !

    ReplyDelete
  9. Handal... handal...

    PKFZ; SimeDarby; PERWAJA; Projek KARPAN kat Kedah; MAS dibail-out... banyak lagi bang! Handal betul...

    Dulu, kini dan selamanya nko digula2kan...

    ReplyDelete
  10. UMNO dulu kini selamanya tipu rakyat

    ReplyDelete
  11. suruh la is perasuah tu halau sendiri.. kami anak2 peneroka nak dengar juga ceramah PAS. Felda maju ni guna duit hasil titik peluh bapak2 aku sebagai peneroka. Pemimpin dari felda UMNO Ngok tu pernah ke potong kelapa sawit atau toreh getah. sekali2 cuba la angkat galah sawit ni. Rasa sendiri susah senang jadi peneroka.

    ReplyDelete
  12. Ketua Penerangan UMNgOk pernah jadi penoreh la bang! Tapi untuk sehari je... tido rumah penoreh pun seminggu je sbb tak tahan nyamuk kot?

    Tapi biasa la... dlm kempen pilihan raya je! masa kat Manik Urai ari tu. Skrg ni makan ubi kayu pun termuntah... nak berak kat jamban angkut pun geli... Dah banyak sangat termakan duit RASUAH... duit hARAM dari UMNgOk!

    ReplyDelete
  13. Kalau org felda tak sedor juga.. tak tau laa. felda maju tu bukan pakai duit UMNoNgok / Be End. semua pakai duit hangpa juga.. Hangpa yang menyembuq peluh.. depa senang2 jadi kaya raya. duduk bilik air-cond. elaun meeting je sama ngan dua kali kait buah sawit.
    Tu yang peneroka tak berapa paham tu. Alih2 kutip Isa perasuah jadi pengerusi.. esok duit baja dia kebas, duit taman semula dia rembat. kontrak buat parit kat ladang bagi kat kroni. peneroka dapat apa? dapat taik je laa.. Pastu ungkit.. 'KALAU TAKDA UMNO /BE END... TUAN-TUAN AKAN MEREMPAT.. TUAN-TUAN TAKDA TANAH.. BLA.. BLAA..BLA..

    ReplyDelete
  14. masa mula2 buka tanah felda..ada ka nik ajis , anwar ibrahim, lim kit siang mai tolong hangp..wahai pondan pondan peminat jubur dan ulamak politik taik kucing..

    ReplyDelete
  15. Masa mula2 bukak tanah felda... ade ke Najib, Muhyiddin, Ghani, dll mai tolong hang? Kalo ade pun... mase majlis pecah tanah/perasmian je le.

    Jgn bangkitkan KERAjaan UMNgOk Be-eNd yg bagi plak... sebab tu tanggungjawab sosial pihak yg memerintah. Kalo PR yg perintah... mungkin jauh lebih baik dari ini!

    Takcaye... cube la try test tengok dlm PRU13 nanti. Dah 53tahun korang bagi kat UMNgOk Be-eNd tapi takat ni pembangunannya. S'pura yg merdeka dari UMNgOk Be-eNd pun jauh lebih maju dari Msia. Vietnam pun dah setaraf.... Msia? Cukup ke dgn digula2kan dgn pembangunan dan janji2 PRK!

    Bile mai PRK mana2 DUN... baru mai pembangunan mencurah2. Depa dok kata memang dah dirancang lama... tapi kene tunggu ADUN mati dulu baru sampai duit2 dan janji2 pembangunan tu kot!

    Buat rakyat Johor dan mana2 tempat, mohon la doa utk PRK kwsan anda (perlu doa ADUN mati ke...?) untuk dapat "durian runtuh"! Bila dapat pembangkang yg kuat... baru KERAjaan UMNgOk Be-eNd tahu langit tinggi- rendah; baru rakyat terima sedikit bahagian yg selama ini diLAHAP dek pemimpin; baru pemimpin pandang rakyat.

    Bayangkan kalo KERAjaan UMNgOk Be-eNd tumbang... tumbang bersama KRONISMA; RASUAH; SALAHGUNA; KUASA; SKANDAL... mungkin akan lebih lumayan RAHMAT yg diterima RAKYAT.

    1Msia... jangan nanti Rakyat diHULUkan; Capai DUIT RAKYAT diUTAMAkan

    ReplyDelete
  16. waduhhhh.. pedihnyaaaa komen di atasa... wakakakakakakakakakak

    ReplyDelete