Wednesday, January 19, 2011

Kempen PAS patut tunjukkan kecemerlangan Normala

Normala Sudirman sudah diumumkan sebagai calun PAS dan Pakatan Rakyat.


Seorang guru kerajaan yang telah pun meletakkan jawatan. Maka tentu sekali dia boleh menarik sedikit sebanyak undi dari golongan guru-guru, rakan sekerja.

Samada ia boleh menarik lebih dari itu, UMNO akan memastikan sokongan tradisi dari guru-guru tidak lari. 

Bolehkah PAS membuat impak dalam negeri kubu kuat UMNO dan MCA ketika momentum kejayaan PAS di pilihanraya kecil sedang merosot, negeri-negeri Pakatan berhadapan dengan masaalah-masaalah persepsi, dan pretasi kempen pra-pilihanraya PAS kurang memberansangkan?


Dengan meletakkan seorang calun wanita yang berwajah fotogenik politik dan tidak membawa imej tradisi PAS, mereka sudah mula mengkompangkan PAS memartabatkan wanita. Seolah-olah orang ramai akan lupa PAS pernah mengeluarkan fatwa melarang wanita berpolitik kerana pendedahan aurat.

Ciri-ciri kewanitaan Normala yang cuba digambarkan oleh PAS pun mula tercemar apabila didengar Muslimah-Muslimah PAS telah mencuri lari kad-kad pengenalan kaum-kaum ibu untuk memastikan mereka tidak layak mengundi.

Politik kotor Muslimah PAS yang tersorok dalam terselimut terbongkar sebaik sahaja PAS cuba memainkan  fitnah terhadap Pengarah Pelajaran Johor dan menakut-nakutkan guru-guru dengan laporan polis yang mana ini melibatkan suami Normala yang juga seorang guru.

Sepatutnya PAS lebih mengetengah dan menawarkan ideologi negara Islam yang ingin dibawa. Mengapa tiada pula? Takut pada DAP.

PAS boleh menghebahkan penglibatan Normala dalam kerja-kerja kemasyarakat. Itu pun jika Normala ada penglibatan dengan masyarakat diluar kepompong parti PAS kerana di Johor, PAS menjauhkan diri dari masyarakat dan hanya berlegar dalam kepompong mereka.

Apa salah PAS tunjukkan kecemerlangan Normala sebagai guru? Itu hanya boleh dilakukan jika Normala itu cemerlang sebagai guru. Cemerlangkah selalunya guru-guru yang aktif dalam politik pembangkang?

Mungkin tidak.

11 comments:

  1. Guru guru PAS memang pemalas. Takde homework. Masa di habiskan mendengar ceramah atau membuat ceramah. Selain itu mereka juga tidak mesra murid kerana keletihan dan mengantuk akibat kegiatan politik.

    Cemerlang? Minat yang kecil menyebabkan mereka mengalih perhatian dari kumpulannya sebagai pembangkang. Selalunya guru guru yang lain menganggap guru saperti ini terasing dalam dunia dia sendiri.

    ReplyDelete
  2. salam

    calon PAS ni mesti berbai'ah terlebih dahulu sebelum dicalonkan. itu adalah syarat yg mesti dia patuhi. syarat yang di tetapkan oleh nik aziz

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada Normala yang ambil keputusan menentang UMNO-BN.

    jadi kenalah buktikan kepada umat Islam di Dun Tenang bahawa kerajaan ini zalim, menindas rakyat, kerajaan tak berguna, janji kosong, menolak Islam dan sebagainya.

    Jadi kenalah juga buktikan bahawa Pas sangat adil, meningkatkan taraf hidup rakyat, membantu golongan Felda keluar dari paras kemiskinan, semua janji mereka kotakan, mengangkat martabat Islam dan sebagainya.

    Kalu tak...Normala dan Parti Oas adalah contoh dajjal di akhir zaman ini.

    DAP bertepuk tangan ketawa melihat perangai Pas membohongi umat Islam dan mempermainkan agama mereka sendiri.

    ReplyDelete
  4. Blog Tenangprk telah dipautkan di AYT. Tolong linkkan blog AYT di blog sdr. tks

    ReplyDelete
  5. SALAM...

    SAYA SUDAH PAUTKAN DALAM BLOG LIST KHAS PRK TENANG DAN SUDAH FOLLOW BLOG ANDA.
    MOHON PAUTKAN BLOG SAYA JUGA. TQ

    ReplyDelete
  6. sekurang2nya klo dia dah letak jawatan.dah kurang 1 spesis2 mcm dalam perkhidmatan awam.penjawat awam sepatutnya menjadi pelaksana dasar2 kerajaan yg memerintah.kdg2 spesis2 ni yg menjadi tukang sabotaj dasar kerajaan.ada yg paling teruk sampai tahap menghasut pelajar2 supaya membenci pemerintah.akhirnya kerajaan yg memerintah dipersalahkan..

    ReplyDelete
  7. salam bro.. satu ulasan yang baik dan telah dipautkan ke http://pantausblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam.. blog tuan sudah saya link kan ke dalam blog saya.. mohon jasa baik tuan untuk link kan blog saya di dalam blog tuan..
    www.malaysianutd.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Baru dapat jadi calun,
    Tuan yang lama nak digigitnya....

    Inilah jenis manusia yang tidak mengenang budi !

    ReplyDelete
  10. Blog ini telah dilinkkan dgn blog suara1umno. tk.

    ReplyDelete
  11. Kalau seorang guru aktif dalam politik, semestinya dia sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berkait dengan strategi politiknya sahaja dan mengabaikann strategi pengajaran dan pembelajaran untuk anak didiknya.

    ReplyDelete