Tuesday, January 25, 2011

Kempen Pas penuh penipuan fakta


LABIS 24 Jan. – Tindakan parti pembangkang yang terus-menerus menabur fitnah dan tohmahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dengan sendirinya mengesahkan bahawa parti itu sememangnya mengamalkan politik ‘putar alam’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, politik ‘putar alam’ Pas itu semakin terserlah apabila sanggup memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya sengaja tidak menziarahi jenazah seorang pemimpin UMNO cawangan ketika lawatan kerja beliau ke Felda Tenang di sini, 18 Januari lalu.

Menurutnya, apabila fakta sebenar diketahui termasuk bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengetahui mengenai kematian itu dan juga jenazah tersebut hanya tiba di Masjid An-Nur di Felda tersebut dari Hospital Segamat pada pukul 12 tengah hari, ini dengan sendirinya membongkar satu lagi penipuan besar Pas.

Ini kerana, jelasnya, Pas menerusi risalah terbitannya, Buletin Tenang, menyatakan bahawa Perdana Menteri terlupa dan tidak singgah menziarahi jenazah Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din walaupun melintasi masjid itu pada pukul 10 pagi.

“Rakyat tidak mudah lagi percaya dengan fitnah serta tohmahan Pas. Mereka tidak fikir dosa dan pahala lagi sampaikan sanggup berbohong hanya untuk meraih undi,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu ketika ditemui selepas melawat dan menyerahkan bantuan makanan kepada warga tua dan orang miskin di Felda Chemplak 2 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Utusan Malaysia hari ini mengenai taktik kotor Pas tersebut yang terbukti fitnah apabila pihak pengurusan Masjid An-Nur, Felda Tenang menafikan dakwaan parti itu yang disiarkan dalam edisi kedua Buletin Tenang, terbitan Badan Perhubungan Pas Johor.

Allahyarham Abdul Latif Subhi merupakan Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang.

Isteri Allahyarham, Maimunah Hendon, 54, juga kesal terhadap Pas yang mempolitikkan isu kematian suaminya.

Mohamad berada di Felda Chemplak merupakan peti undi angkat dan menjadi lokasi berkempen Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan bersama-sama UMNO Bahagian dari Sri Gading, Sembrong dan Simpang Renggam.

Kedatangannya menarik perhatian penduduk apabila beliau bermotosikal dari satu rumah ke rumah untuk melawat penduduk sambil membawa baldi berisi bantuan barangan makanan di bakul motosikal itu. - Utusan Malaysia

2 comments:

  1. demi wang ringgit pasukan gempur online BN rela fitnah... dah terbiasa dah dgr semua taktik lapuk ni.. apa lg janji dan tunjuk baik menjelang Undi.. haha... kalau najib tak tahu mgapa tak di bagtau? susah sgt ke? cakap je la mmg hebat.. hebat menipu

    ReplyDelete
  2. pemimpin UMNoNGok ni ziarah biasalahh.. lawat org mati.. cuba2 la pemimpin UMNoNGok jadi imam solat jenazah.. bukan susah takda ruku' dan sujud pun. bacaannay ringkas pulak.. Hidup balik la org mati tu.. kalau nak tengok pemimpin UMNoNGok jadi imam solat jenazah.. apa lagi nak talkinkan

    ReplyDelete