Saturday, January 29, 2011

Layakkah Mala sebenar menjadi YB?


PAS menggambarkan Normala dengan ciri-ciri kewanitaan idaman lelaki Melayu yang ringan tulang, sopan santun dan lemah lembut

Normala diberi panggilan baru, Cikgu Mala untuk memberi imej bunyi mesra, manja dan dihormati.

Kononnya Mala seorang pendidik yang ceria, aktif, penuh iltizam dan prihatin. Lepas kesibukan kerja harian, Mala melakukan aktiviti membantu masyarakat setempat.

Sayang sekali, itu hanya gambaran dan persepsi yang boleh dibina dan dilakunkan oleh Pas untuk memenangi piliohanraya kecil ini.

Kita boleh bercerita mengenai parti, polisi dan ideologi, tetapi akhirnya kita harus jawab: adakah orang yang akan menjadi wakil untuk rakyat di sini benar-benar dirinya itu mempunyai kepribadian dan keupayaan.

Betulkah wanita Melayu ini membawa ciri-ciri kewanitaan jika timbul kata-kata dari jiran tetangga yang tidak disenangi?

Rapatkah Mala dengan rakan-rakan kerjanya di sekolah?

Benarkah dia seorang yang mesra jika Mala tiada bercampur dan bermasyarakat dengan jiran tetangga? Di Johor, ahli-ahli Pas hanya bercampur dengan kelompoknya dan tidak menjadi sebahagian dari masyarakat setempat.

Adakah keluarga Mala satu contoh keluarga yang membanggakan untuk menyakinkan rakyat setempat?

Bolehkah Mala menjadi wakil rakyat? Budi pekerti Mala semasa kempen menjadi petanda.

Adakah dia akan berpatah balik sebagaimana berlaku di Lambah Bakti? Bila ditegur baru mahu mengharungi banjir berjumpa rakyat?

Adakah pengundi Labis yang berbilang bangsa mahu wakil rakyat yang sekejap itu tak mahu masuk kuil, tokong, kedai jual arak dan pasar babi.

Hal salam pun menjadi masaalah. Sekejap tak mahu bersalam, sekejap pakai sarung tangan, sekejap salam tapi asyik basuh tangan seperti di ladang Bukit Dato, dan akhirnya boleh pula salam tanpa sarung tangan dengan kaum bukan Islam dan lelaki.

Apa rasa pengundi Cina jika Mala rasa geli untuk memegang limau yang dihadiahkan dengan penuh hormat dan beradat? Tidak patut limau itu dibuang begitu saja di tepi jalan lepas dihadiahkan.

Itu petanda sikap yang angkuh berlindung disebalik imej manis yang dibina Pas.
Akhir sekali, bagaimana Mala akan jadi menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika suami sentiasa mengekor dan sentiasa cemburu?

2 comments:

  1. kalau penyeludup.penyamun dan penjenayah masuk pas jadi bersih semua.kalau alim ulama pas masuk umno dicap macam2 gelaran. Dia saja betul. pas mahu bukan islam sokong mereka tapi tak dakwah masuk islam....munafik.

    Salam addin.IPOH

    ReplyDelete
  2. Hang boleh blah la Mala.....

    ReplyDelete