Thursday, January 27, 2011

Masihkah kerajaan ugut kerjaya suami?


Tajuk akhbar di atas masih tidak tepat. Sebenarnya suami Mala, Makrof tidak mengambil cuti tetapi mengambil cuti sakit atau MC.

Lihat surat klinik dan sijil cuti:




Dengan beliau kelihatan bersama Mala berkempen sana sini, tidakkah ini menunjukkan Makroff sihat dan tidak sakit. Langsung ini bermakna dia telah melanggar peraturan kerja dan patut dikenakan tatacara disiplin.

Sebelum Pas memutarbelit dan kata ini semua fitnah, tidak betul dan poenganiyaan, kami tunjukkan gambar-gambar berikut sebagai bukti dia bersama isteri berkempen.





Sijil cuti sakit itu berkemungkinan satu usaha pihak sekolah memberi pelepasan untuk beliau membantu isterinya berkempen. Adat dunia perguruan yang hanya bercuti ketika cuti sekolah dan jarang sekali dibenarkan cuti pada hari sekolah melainkan teramat perlu seperti sakit.

Ini mengingatkan kembali kepada temuramah akhbar dengan calun PAS, Mala akan pendapatnya tentang pakatan rakyat. Dia menyatakan persetujuan kepada prinsip perjuangan dan konsep kerja untuk rakyat lalu menempelak pihak kerajaan sekarang yang mengugut kerjaya suami sebagai cikgu.

Ini dihalakan kepada arahan pindah kepada suaminya ke Pasir Gudang oleh Pengarah Pelajaran Johor  sebelum sekolah bermula dan surat arahan bertarikh 23 Disember 2011. Padahal siapa tahu hal ehwal dalam Pas yang bercadang akan mengetengahkan Mala sebagai calun Pas dalam pilihanraya kecil Tenang.

Namun begitu, pihak Pengarah Pelajaran sedia menimbang kembali arahan itu yang mana sepatutnya sebagai kakitangan mana-mana organisasi Makrof tidak patut menentang tetapi akur pada arahan ketua. Pengarah begitu terbuka mengatakan dia tidak mahu perkara urusan perkhidmatan awam dipolitikkan.

Mereka sepatutnya mengatasi politik kepartiaan. Dalam menjalankan tugas sebagai guru, Makrof sepatutnya tidak campuradukkan penglibatannya dalam politik parti dan perjawatannya dalam kerajaan. Jika berlaku konflik, perjawatannya perlu diberi keutamaan.

Dengan begitu jelas Makrof melanggar peraturan kerjanya, adalah dinasihati dirinya supaya berhenti saja kerana tidak memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai guru. Sebenarnya agak dangkal cara Makrof bersama dengan isterinya berkempen kerana ia menunjukkan seolah-olah Makrof pun sama-sama calun dan bukan isterinya seorang yang patut diketengahkan sebagai calun.

Katalah ini adalah helah Makrof sendiri untuk dapatkan cuti, bukankah ini satu contoh yang tidak baik kepada guru-guru dan anak-anak murid lain. Majikan yang adil wajib mengenakan tindakn disiplin ke atas Makrof.

Kalau pihak majikan mengambil tindakan terhadap makrof, adakah dia akan kata juga kerajaan ugut kerjaya suami dalam hal yang jelas telah melanggar peraturan?

7 comments:

  1. "Pengarah begitu terbuka mengatakan dia tidak mahu perkara urusan perkhidmatan awam dipolitikkan."
    Apa lah bongok punya Pengarah Pelajaran!

    ReplyDelete
  2. ada siapa nak buat laporan polis..
    ini sudah kira pecah amanah dan menipu.
    kena saman kelinik dan doktor yang tanda tangan surat cuti sakit tersebut.
    betulkah doktor tu buat pemeriksaan...
    kalau cuti sakit ...orang ini kena berehat dirumah.
    cuti sakit yang panjang hanya bolih diberi kepada pesakit yang baru keluar dari hospital kerana sakit yang memerlukan rehat yang panjang dan rawatan ulangan.
    apa yang aku faham...cuti sakit hanya bolih diberi tidak lebih dari 3hari berterusan dalam satu surat cuti sakit.(kecuali pesakit yang baru discharge dari wad)
    harap betulkan jika aku silap

    ReplyDelete
  3. Tuan Direktor tu penyokong fuckatan kot?

    ReplyDelete
  4. Yg aku heran,macam mana surat MC tu boleh lepas ke tangan orang lain dan sempat di fotostat?

    Sungguh lalai si Makrof ni.

    Memang ada sesetengah kakitangan kerajaan yg tak tahu undang undang perkhidmatan.

    ReplyDelete
  5. Senang jadi orang Kerajaan, gaji rakyat yang bayar.

    ReplyDelete
  6. ~~ dia nih cikgu tapi cikgu yg ngok..sbb kalau cikgu yg mempunyai wawasan:

    1/ dia xakan melawan kerajaan sebab wawasan siapa dan apa yg nak diteruskannya

    2/ hasrat murni membantu isteri berkempen ok, tapi be gentleman lah, either ambik cuti tanpa gaji atau dah sah2 melawan kerajaan yg membayar gaji awak, letak aje jawatan

    3/ keji kerajaan, gaji nak, ambik cuti pulak cuti sakit sampai 21 hari!! Xde integriti langsung!!

    4/ lepas tuh dgn berbekalkan mc yg diberi kesana kesini macam belangkas dgn isteri( ok mmg bagus syg menyayang dlm Islam apalagi suami-isteri) tapi cam tak kena gaya sebab mcm nak glamour ngalahkan artis siap dgn baju sedondon lagi!! Silap2 kalau xkenal org akan kata eh tuh celebriti kelas z mana tuh!!

    ReplyDelete
  7. 1. Sebenarnya Cik Gu ini sedang berangan-angan nak jadi wakil rakyat juga satu hari nanti. Belajar berkempen sama isteri sekarang. Sampai masa nanti dia juga nak letak jawatan dan jadi calon. Apa pun cita cita dia sekali pun kalau tak datang kerja banyak hari dan cuti sakit dari sijil doktor swasta tu dah melampau. Doktor prebet tu hanya layak bagi cuti 3 hari saja dan lebih dari itu kena dapat kelulusan dari doktor kerajaan. Boleh kita kata ponteng kerja dan lari dari tugas.
    2. Orang kampung kat sini bagi tahu kalau cik gu mala....s nak keluar kempen kena tunggu suami dia dulu. Masa banjir tu cik gu mala....s tak boleh keluar kempen sebab tak dapat lesen dari suami. Ha ha...mati pengundi kalau lah Dun Tenang di landa bencana. Kena tunggu kelulusan cik gu makrof dulu baru semua boleh jalan. Sekarang ini juak pr ramak boleh bantu kempen tapi kalau semua setan berketayap putih dah tak ada lagi maka mati kebulur penduduk tenang bila ada bencana.
    3. Persoalannya mampukah cik gu mala...s memberikan perkhidmatan kepada pengundi di kawasan tenang jika ada bencana. Kalau sokong ikut sentimen semata-mata itu bahaya sebab yang merana bukan cik gu mala...s. Banjir di ladang, banjir di pekan, jalan berlubang, longkang tersumbat, bekalan letrik terputus dan sebagainya mampu kah calon ini memberikan perkhidmatan sebaiknya jika suami beliau seorang yang sangat cemburu dan memilih bulu untuk berikan perkhidmatan.

    ReplyDelete