Friday, January 21, 2011

PAS tidak bijak menjawab tuduhan salahlaku moral

Perbualan Facebook antara dua orang yang menggambarkan diri sebagai ahli PAS telah mendedahkan Cikgu Mala yang manis dan genit mempunyai masaalah moral.

Benarkah demikian dengan hanya berasaskan perbualan Facebook?



Seorang yang menggelarkan diri sebagai Suara Dari Bumi menulis dalam Facebook:
"Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"


"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"


"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"


Seorang yang menggelar diri sebagai Pas Beruk pula menulis dalam Facebook:
"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "

Samada ada atau tidak kebenaran disebalik perbualan yang melibatkan identiti yang tidak boleh dikenali tidak akan dapat dipastikan.

Kata-kata dari sumber sedemikian tidak sekali boleh diambil sebagai kepastian. 

Pihak PAS menyedari akan perbualan Facebook ini dan sebuah blog PAS bernama PASPB sini membuat "serang balas."

Malang sekali buat pengundi-pengundi yang mengharapkan maklumat latarbelakang calun-calun untuk pilihanraya kecil Tenang.

Pihak PAS tidak pula menyiarkan penafian atau fakta penerangan untuk membetulkan tuduhan. Mereka hanya membuat tuduhan melulu dan menyiarkan identiti terhadap beberapa blogger lawan mereka.

Jika komen Facebook sedemikian dianggap tidak beretika, membiarkan tanpa jawapan adalah tidak bijak. Membuat tuduhan melulu dan menyiarkan gambar blogger pun tidak beretika. Beranikah mereka bersumpah tanpa syak dan waham bahawa kedua-dua blogger itu yang melakukan fitnah?

Jangan jadikan pilihanraya kecil Tenang sebagai medan fitnah.

3 comments: