Thursday, January 20, 2011

Sokongan mantap untuk Azhar


UMNO Bahagian Labis memberi sokongan penuh terhadap pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu Rosdin Mahamud berkata, walaupun sebelum ini namanya disenarai pendek sebagai calon BN, beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dan membantu Azahar memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Azahar merupakan batang tubuh yang dipinjamkan kepada parti untuk mewakili parti, tapi yang sebenarnya, inilah semangat yang perlu ada pada kita, kita tidak perlu nak melobi sana melobi sini...

"Siapa saja yang dipilih pucuk pimpinan, walaupun ada nama saya, nama naib, nama Ketua Pemuda, saya terbuka, kita serahkan kepada pucuk pimpinan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Umno di sini.

Beliau berkata, adalah penting semua anggota di setiap peringkat menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan atasan bagi mendukung aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosdin menyifatkan kredibiliti dan ketokohan Azahar, selain memiliki ramai kenalan kaum Cina, mampu menjadi kekuatan beliau untuk memenangi kerusi DU NTenang.

"Saya cukup berkeyakinan dengan kerjasama yang akan diberikan oleh seluruh pimpinan sama ada Pemuda, Wanita seluruh bahagian ditambah dengan parti-parti komponen dan NGO yang ada di Labis ini, kita akan dapat melihat satu keputusan yang cukup membanggakan kita," katanya - Putra Merdeka

Komen cikit ...


Lupakanlah PAS nak main perang saraf SEOLAH-OLAH ada pihak tidak puashati dengan pemilihan Azhar kerana bukan pemegang jawatan di peringkat Bahagian.


Sebenarnya PAS sedang berundur dan meninggalkan "medan pertempuran". Mereka tidak berjaya langsung menembusi "kubu" UMNO di Johor.


KIni terdaya dilakukan ialah melakukan sebanyak kebinasaan yang terdaya kepada kubu UMNO dan MCA di Labis. Baca The Unspinners sini.

4 comments:

  1. salam tuan

    calon yg berwibawa. insyallah BN ada harapan

    Barisan Anak Melayu

    ReplyDelete
  2. Nampaknya puak hampas ini mcm dah putus asa jer kenapa yea dah tak de modal lagi kot??? Untuk makluman korang bahawa calon BN yg glamer dgn nama Tok Ai nie adalah calon pilihan orang Labis dan Tenang. Soal proksi sesiapa tak timbul kerana orang temapatan amat mengenali siapa beliau.

    Semoga beliau menang bergaya demi memastikan mulut busuk penyokong Pr ini dapat ditutup.
    Jom undi Tok Ai calon BN!!!

    ReplyDelete
  3. biarlah proksi pun..janji orang bn.

    ReplyDelete
  4. bila memang nanti.. senang la hangpa dapat tanah.. sebab dia bekas ADO yang urus hal ehwal tanah.. dia tau selok belok kat mana ada tanah kosong..

    ReplyDelete