Friday, January 21, 2011

Suami Cikgu Mala enggan pindah untuk langgar peraturan berkempen JPA

Makrof Abd Mutalib, suami Normala Sudirman dilaporkan laman web pro-pembangkang, Malaysiakini mempolitikkan pertukaran kerjanya untuk menggambarkan Pengarah Pelajaran sebagai salahguna kuasa.

Sebenarnya, tujuan Makrof ialah untuk melanggar peraturan JPA untuk berkempen. Semalam dia dilihat berkempen dengan isterinya, calun PAS Normala Sudirman untuk PRK Tenang di gerai-gerai jualan yang didirikan PAS.

Peraturan JPA jelas melarang guru-guru gred tertentu terlibat dalam politik. Adakah dia akan mempolitikkan juga jika JPA menggambil tindakan?

Sudahlah Makrof menghalang kerja Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran untuk menyelesaikan masaalah kekurangan guru di Pasir Gudang.

Baca laporan Malaysiakini berikut:
Arahan tukar dibuat awal

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.

Katanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.

Makrof mengajar di SK Tenang manakala sekolah baru itu pula terletak kira-kira 200 km dari situ.

Pada waktu itu, kata Markom, pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.

Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.

"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Malam tadi, PAS mengumumkan Normala sebagai calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

PAS dan Makrof telah mendakwa notis pertukaran itu, yang hanya memberi masa tiga hari untuk membuat persiapan, bermotifkan politik dan bertujuan untuk menghukum seorang guru yang anggoat keluarganya menyokong pembangkang.

Notis tersebut telah ditarik balik selepas pasangan tersebut membuat aduan kepada jabatan pelajaran daerah, kata Makrof.

Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.

"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," tegasnya sekali lagi. - Malaysiakini
Hari isnin ini sekolah buka. Guru besar harus pastikan dia tidak ponteng sekolah untuk berkempen untuk isteri. Jangan pula nak mengada-ngada nak ambil MC.

Kalau dia degil juga, pastikan cukup gambar untuk buat laporan pada JPA.

11 comments:

  1. kalau dah terer sangat, berenti ajerlah. Sokong PAS, kutuk kerajaan, tp kerja dengan kerajaan jugak. Kerja ajelah dgn PAS. TAk munafik ker namanya tu

    ReplyDelete
  2. hairan..!!!!!
    kutuk kerajan tapi kerja dgn kerajan..
    kutuk kerajaaan tapi makan gaji dgn kerajaan
    inilah yg dikatakan sebagai keldai yg bodoh dan sombong..
    berhenti saja kerja dgn kerajaan

    ReplyDelete
  3. abih nanti kalau lepas ni tukar kerajaan.. semua orang kerajaan sebelum ni sokong BN kena berenti keje ke..

    ReplyDelete
  4. confirm ke dapat tukar kerajaan????
    hahaha...............ha

    ReplyDelete
  5. Sebagai kakitangan kerajaan, suami Mala berhak untuk membantah.
    Sebagai majikan,pengarah berhak untuk mengambil tindakan.

    Sekarang mari kita tenguk siapa yg berani.

    ReplyDelete
  6. Simple, kalau nak kerja kerajaan, nak sokong sapa pun di peti undi takde hal, tapi jangan berpolitik. Pegawai kerajaan perlu menyokong "government of the day". Kalau engkar tu namanya tak professional, lebih-lebih lagi kalau guna masa kerajaan untuk berpolitik untuk pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Jangan menggigit tangan yang menyuap nasi kepada kita

    ReplyDelete
  8. yea ke.. macam mana pulak bagi mereka yang berkerja dikerajaan negeri, pemerintahnya dikuasai kerajaan pembangkang.....

    ReplyDelete
  9. kerajaan negeri atau persekutuan pegawai kerajaan harus menjalankan tugas tanpa berpolitik. Itu sudah termaktub dalam Perintah Am....Kalau nak berpolitik berhenti kerja sajelah..

    ReplyDelete
  10. behenti kerja la...
    pergi kerja dengan kerajaan PR

    ReplyDelete
  11. aku nak bagi cadangan ler kat kerajaan supaya mana2 kakitangannya yang pernah berkhidmat kemudian berpaling tadah (join pembangkang) agar membayar balik segala duit gaji yang pernah di bayar kpd mereka2 tu & di mulai dengan calon PRK Tenang Pas @ Che'gu Mala lepas tu diikuti/diiringi oleh orang yg selalu/sentiasa ikut, iaitu suaminya yg tersayang.
    Amacam??

    ReplyDelete