Friday, January 21, 2011

Suami Cikgu Mala engkar majikan


Makrof Abd Mutalib, suami Normala Sudirman calon PAS PRK Tenang mendakwa yang dia telah teraniaya, apabila ditukarkan sejauh 200km dari kediamannya.

Walau bagaimana pun, hal ini telah dinafikan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran melalui kenyataannya di Berita Harian berikut:
'Tak patut timbul isu tukar'

Jabatan sudah tarik balik notis pindah suami calon PAS ke JB


JOHOR BAHRU: Jabatan Pelajaran Johor menafikan dakwaan suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah berpindah dari tempat kerjanya di Tenang ke Johor Bahru.


Sehubungan itu, jabatan terbabit menolak dakwaan pihaknya melakukan satu diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong parti pembangkang.


Pengarahnya, Markom Giran, berkata dakwaan suami guru terbabit tidak benar kerana pihaknya sudah menarik balik notis pemindahan yang dikeluarkan pada 27 Disember lalu yang memaklumkan pemindahan Makrof Abd Mutalib berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.


Katanya, pihaknya mengakui sebelum ini bercadang memindahkan Makrof bagi mengisi satu kekosongan di Pasir Gudang tetapi tidak berbuat demikian selepas mengetahui Normala disebut antara calon PAS kerana tidak mahu perkara pertukaran itu menjadi satu isu sensitif.


“Kini beliau (Makrof) jadikan perkara ini satu isu, sedangkan ia tidak patut timbul. Pihak jabatan sudah menarik balik surat pertukaran asalnya maka notis itu langsung tidak sampai ke tangan beliau.


“Bagaimana beliau kata sudah dapat surat dan surat yang ada hanya salinan fotostat, bukan yang sah. Kita tidak tahu dari mana beliau dapat," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Makrof dalam sebuah portal berita tempatan, menyatakan beliau cuba ditukarkan dari Tenang ke Johor Bahru atas alasan tidak dapat ‘mengawal’ isterinya.


Makrof mendakwa, beliau menerima arahan itu secara tiba-tiba dan perlu berpindah dalam tempoh 24 jam, sebelum ditarik balik selepas beberapa bantahan dilakukannya.


Beliau mendakwa, menerima notis pertukaran beberapa hari lalu apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.


Dakwanya, notis pertukaran itu sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.


Berita Harian 2011/01/18
Sebaliknya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember 2010 telah ditarik balik oleh pihak jabatan bagi mengelakkan ia dipolitikkan.

Dengan kenyataan Markom itu juga, dengan sendirinya mematikan desas-desus yang mengatakan bahawa faktor kejawaan yang menyelamatkan Makrof.- Akar Umbi

Komen cikit ...

Itu namanya tolak tuah. Mengajar di Johor Baru itu satu peningkatan dari mengajar luar bandar. Dengan highway ada dari Johor Baru ke Tangkak, 200 km taklah lama sangat perjalanan untuk jenguh keluarga.


Semua guru ada hadapi perpindahan sekolah. Berjauhan dari keluarga satu pengalaman biasa. Mengapa pula layanan berbeza buat Makrof hingga Pengarah terpaksa tukar keputusan kerana takut dipolitikkan?


Masa menerima tawaran kerja, cepat saja di sain kontrak yang menyebut sedia di hantar ke mana-mana. Guru kena akur apabila diarah berpindah ke tempat lain. 

Dah engkar pada arahan, biarlah dia berkerak di sekolah yang ada. Orang kasi peluang untuk kenaikkan pangkat masa depan tapi tak mahu. Kalau tak naik pangkat selama-lamanya, jangan pula tuduh diskriminasi terhadap ahli PAS.

Kalau nak politik, baik berhenti kerjalah!!!

8 comments:

  1. Kalau kerajaan di katakan perkara ini dipolitikan, di aniaya & macam-macam lagi, sedangkan isterinya dipolitikkan Oleh pembangkang takpe. Dia terlupe kot bahawa pembangkang memperjudikan nasibnye sekeluarga....

    ReplyDelete
  2. 200km pun jadi masalah? Orang lain dari semenanjong kena tukar kat sarawak steady je. Alahai.. tark isu ke?

    ReplyDelete
  3. Penyokong2 pembangkang kat Msia nih mmg semuanya kaki bangkang, kalau yg berfaedah takpe...ni kebanykannya bangkang apa saje walaupun pada perkara yg baik lalu dipolitikkan...harituh sampai isteri Pehin berbangsa Arab pun dipolitikkan oleh mulut longkang penulis politik PKR Mariam Mokhtar konon kawen bangsa asing, bukan bersifat 1msia - racist, pastuh yg nih pulak....agak2nya nti mkn minum pun dipolitikkan - xde ke mende lain dornag nih nak buat selain dari berpolitik??

    Nak muntah le dgn gaya politik Msia nih!

    ReplyDelete
  4. Kalau enggan ikut perintah majikan berenti saja kerja, berniaga dan jadi bos sendiri. 200km tu dekat saja, nasib baik dan ramai lagi orang berkorban sampai beribu km pun tak bising. Siapa yang zalim pada siapa. Mau maut keuntungsn dari dua belah pihak. Satu sikap buruk yang patut di ketepikan.

    ReplyDelete
  5. ala biase la... kalau tak mahu berhenti kerja....

    ReplyDelete
  6. macam mana nak berjuang? baru kena pindah pun dah bising. dasar lahanat bangsa. hantar je kat selatan thailand biar kena sembelih ke siam.

    ReplyDelete
  7. cuba tanya die gaji dia bulan2 tu sape yang bayar? duit gaji yang dia terima tu duit sape kalau bukan duit rakyat dan kerajaan? inilah seperti kata pepatah melayu SEPERTI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT. TIDAK BERSYUKUR. kalau betul2 nak berjuang dengan pas BERHENTILAH KERJA!

    ReplyDelete
  8. aku nak bagi cadangan ler kat kerajaan supaya mana2 kakitangannya yang pernah berkhidmat kemudian berpaling tadah (join pembangkang) agar membayar balik segala duit gaji yang pernah di bayar kpd mereka2 tu & di mulai dengan calon PRK Tenang Pas @ Che'gu Mala & diiringi/diikuti/yg selalu ikut suaminya yg tersayang.
    Amacam??

    ReplyDelete