Friday, January 28, 2011

Suami Cikgu Mala sakit mental?

Rakan blogger RBF.online telah mengesahkan bahawa sijil sakit (MC) tersebut adalah milik suami calon PAS Tenang. Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah mengesahkannya. Diagnosis yang tertera di atas MC ialah 'Depressive Mood'

Wah...berat tu! Rasa-rasanya, semua tahu apa makna depression. Ianya kena mengena dengan permasaalahan psikiatri dan tekanan jiwa di sebabkan oleh perkara-perkara yang lumrah di hadapi oleh kita semua seperti tekanan kerja, hutang piutang, skandal dan sebagainya.
Dan cuba kita perhatikan perwatakan dan cara si suami yang ke hulu ke hilir mengekori calon PAS seolah-olah kuat cemburu dan tidak percaya kepada isteri sendiri.


Ironinya, tarikh-tarikh MC itu pula jatuh pada hari berkempen si isteri! Jika diagnosisnya bersangkutan dengan tekanaan jiwa atau pun perasaan, si suami calon PAS sepatutnya menjauhi diri daripada terlibat aktif.
Ianya kerana tempoh, stress dan tekanan yang dihadapi semasa berkempen pasti akan memudaratkan penyakit tekanan jiwa si suami. Dan adalah tidak wajar jika Ma'arof membelakangi nasihat doktor yang memberi MC kepada beliau.

Seperkara lagi, sebagai seorang doktor, jika rawatan dan kaunseling pertama (MC 18 - 23/1/2011) tidak berhasil, doktor sepatutnya merujuk si pesakit berjumpa pakar psikiatri di hospital yang lebih besar. Tetapi doktor tersebut tidak melakukannya!

Dan si suami kelihatan riang, gembira dan tidak menunjukkan sebarang depressi nyata yang sepatutnya tertonjol oleh pesakit yang memerlukan recovery period yang begitu lama seperti MC suami calon PAS!

MIM

7 comments:

  1. doktor yang keluarkan MC tu
    perlu disiasatkan kewajaran beliau
    mengeluarkan MC sama ada benar
    penyakit memerlukan MC terlalu
    sepatutnya orang yang mendapat MC
    perlu berehat. Dr yang mengeluarkan
    MC perlu bertanggungjawab dalam
    hal ini

    ReplyDelete
  2. Menghairankan.Bagaimana doctor boleh memberikan MC selama 14 hari? selalunya akan diberikan seminggu.Kemudian akan diberikan MC lagi jika masih tidak sihat.Kementerian kesihatan perlu mengambil berat kes doktor yang memberi mc ini.Dan semestinya kementerian pendidikan perlu membuat siasatan terhadap guru yang MC tanpa ada sebab yang munasabah.Jika didapati bersalah perlu diambil tindakan atau dibuang kerja .

    ReplyDelete
  3. Lu ape hal.. ape yang salah besarnya sgt haa..
    cuti demi agama Allah, demi agama Tuhan, mati pun x pe... demi menegakkan syariat Allah.. menentang kezaliman dan taghut.

    ReplyDelete
  4. Kasihan kat anak murid yg terabai..
    kasihan kat cikgu-cikgu yg terpaksa tanggung beban kerja maaruf... sedangkan gaji dia tetap berjalan wpun cuti.... dosa tu...

    http://prkmerlimau.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. hahaha!!! cuti demi agama Allah? mati pun takpa?menentang kezaliman & taghut? biar betul!!! siapa yg zalim? siapa yg taghut?

    inilah standard mentaliti pencacai pas yg tidak pernah akur dgn peraturan kerja sebagai satu ibadah! ikut suka dia saja nak pertahankan kebatilan dia!

    'core business'nya MENGAJAR- masuk kelas didik anak murid mengikut jadualnya. yg lain2 tu hanya boleh dibuat jika diarahkan pengetua/gurubesar diluar waktu mengajar. tanyalah bab ni pd cikgu manapun yg bergelar GURU...

    dlm etika kerja, jika cuti yg diambil TIDAK MENUNJUKKAN penyakit yg membuatkan pesakit tidak dapat berkerja dgn cergas, terlantar demam, sakit perut memulas, muntah2 mcm ibu mengandung ke dan berbagai lagi simptom penyakit yg sedia kita ketahui bila berpenyakit, barulah kita tahu yg lain2 alasan sakit hanyalah AUTA.

    cikgu maarok bagi alasan 'tertekan'! doktor pula akur & catatkan "depressive mood", serious sgt bunyinya!!

    tapi 'depressive' ka kalau dia sendiri ke sana kemari tersenyum simpul dgn isteri ikut berkempen, berjumpa orang ramai,meredah banjir, menerima pelawaan bersama isteri ke mana shj; apakah boleh kita terima cikgu ni "mood" dia tertekan? but HAPPY NAMPAK!!!

    orang yg mengalami 'depression' mana ada masa nak berseronok ikut bini berkempen? boleh tersenyum simpul, berjumpa orangramai, mendengar bunyi riuh rendah, apa lagi ceramah2 yg penuh dgn isu2 berat & apa lagi menerima kecaman2, tohmahan2 & cerita2 belakang tabir yg sepatutnya tidak timbul jika dia duduk diam2 bila mengaku sakit? inilah manusia yg bijak memanipulasikan keadaan supaya memihak kpdnya...

    kata sorang anon tu, mati pun takpa cikgu maarok ni semasa berkempen ni!!!

    Masyaallah!! macam mana nak jawab nanti kalau ditanya apa urusan dia dlm kempen ni? kerja dia yg sebenarnya apa? pengiring isteri masa berkempen tu termasuk dlm bidang kerja dia ka selama 21 hari cuti AUTA dia tu? siapa yg menzalimi diri sendiri di sini? berhenti sajalah jadi guru jika dah tak larat nak pikul tugas tu. ramai lagi orang yg ikhlas nak jadi cikgu & cintakan kerjaya GURU...

    ReplyDelete
  6. Anonymous said...
    Lu ape hal.. ape yang salah besarnya sgt haa..
    cuti demi agama Allah, demi agama Tuhan, mati pun x pe... demi menegakkan syariat Allah.. menentang kezaliman dan taghut.
    January 28, 2011 11:37 PM
    -------------------------------------------
    tengok Anon Makghok mangkok ayon atas tu tak kenal siapa yg dia nak tentang. ade ka pulak ambil cuti demi Agama Allah? PAS tu Agama Allah ke? yg dia nak tentang ni orang2 yg terpesong dari tali Allah ke? Ketua Kami beragama Islam la, bukan mcm korang yg bertuhankan DAP. kena sedar dari sekarang wahai anon Mangkok Ayun.

    ReplyDelete
  7. porahh... nak cakap tentang MC.. masa perhimpunan agung AMNoNgok... lu fikir sendirilaa.. berapa ramai ular ayor UmnoNGok yang tuang dan buat MC tiruan ..asal dapat pegi ke perhimpunan agung.. tiap2 tahun.. kalau tak lapang pejabat dengan sekolah tak berhimpun laa UmnonGok.. sebab ahli2 nya semua kakitangan yg sokong UmnoNgok.. tak apa.. kalau UmnoNGok buat tak apa.. sebab inilah pejuang sebenar.. demi perjuangan laa katakan..

    ReplyDelete